Tapak Ofune terletak kira-kira 10 minit dengan kereta dari Tapak Kakinoshima. Di sini, banyak tapak penempatan lama telah ditemui, iaitu tapak yang berusia sekitar 4,000 – 5,500 tahun. Tapak arkeologi ini telah didaftarkan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO pada Julai 2021.
Ciri-ciri Tapak Ofune ialah tinggalan rumah yang besar. Ada yang sebesar melebihi 10m diameter dan 2m ketinggian. Juga, tinggalan rumah yang berlainan zaman silih berganti ditemui, maka dapatlah difahami bahawa ia adalah satu penempatan berzaman-zaman lamanya.