Tapak Bersejarah Istimewa Goryokaku ialah istana ala Barat pertama Jepun yang disiapkan pada tahun 1864. Apabila Jepun berubah kepada zaman permodenan, berlaku pertikaian antara pemerintah samurai yang sedia ada dengan kerajaan yang berpaksikan maharaja. Pada masa itu, inilah dia markas utama samurai.
Pada masa ini, ia dikekalkan sebagai taman dan merupakan salah satu tempat paling terkenal di Jepun di mana bunga sakura berkembang mekar pada musim bunga.