Aktiviti musim sejuk di Hakodate
Hakodate, Hokkaido adalah destinasi musim sejuk yang mempesonakan dengan pemandangan bandar yang indah terutama dari puncak Gunung Hakodate, yang memberikan pemandangan malam yang sangat menakjubkan apabila bandar diselaputi salji dan bercahaya.
Salji di Bandar Selatan di Hokkaido, Hakodate juga cukup indah bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman bermain salji di Hokkaido. Bahkan, kebanyakan pelancong juga tidak menyangka bahawa suhu di sini mampu mencecah -13 Celcius pada musim salji, terutamanya pada bulan Januari hingga Februari. Oleh itu, jangan lupa untuk memakai pakaian yang hangat sekiranya anda merancang untuk melancong pada musim sejuk~
Aktiviti-aktiviti yang wajib dilakukan di Taman Onuma
Jika anda berada di Hakodate untuk menikmati musim salji, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati pemandangan salji yang indah di Onuma Quasi National Park! Nanae-cho ialah sebuah bandar, kira-kira 16km ke utara dan kira-kira 25 minit pemanduan dari bandar Hakodate. Dari dulu lagi, ia dikenali sebagai tempat dengan pemandangan yang indah dan menakjubkan.
ATV, Go Kart, Fat Bike,Snow mobile dan meluncur di atas Tasik Onuma yang beku
Oleh kerana suhu yang amat rendah pada musim salji, Tasik Onuma membeku dan membolehkan kita melakukan aktiviti di atasnya. Bagi mereka yang tiada pengalaman memandu di atas ais, anda tidak perlu risau kerana perjalanan akan diguide dan cara membawa snow mobile juga akan diterangkan satu per satu oleh instruktor. (sila hubungi setiap syarikat untuk mendapatkan sokongan bahasa asing). Jangan gelabah atau anda akan tersalah jalan! Coursenya cukup lama dan perlu membuat satu pusingan tasik, Selain itu, sambil memandu anda boleh melihat bukit dan pemandangan yang hanya dapat diihat ketika salji sahaja kerana tasik tidak beku pada musim lain.
Ada beberapa jenis kenderaan, anda boleh memilih sma ada mahu menaikinya secara berseorangan , berdua ataupun beramai-ramai. Selain itu, ada juga kenderaan bersaiz kecil yang sesuai untuk dinaiki si kecil! (Hanya sepanjang festival)
Harga berbeza mengikut jenis kenderaan.
Memancing Wakasagi
Memancing Wakasagi ialah aktiviti rekreasi musim sejuk yang sangat popular di Hokkaido! Bahagian terbaik memancing wakasagi ialah menggerudi lubang di dalam ais di tasik dan paya beku, melepaskan tali pancing di padang salji yang hebat sejauh mata memandang, dan menikmati hidangan lazat di tempat itu. Peralatan memancing disediakan untuk disewa, jadi anda boleh menikmati memancing dengan mudah tanpa sebarang peralatan. Terdapat empat syarikat yang mengendalikan pemancingan Ikan Wakasagi di Taman Onuma, dan setiap satu beroperasi secara berbeza, jadi anda boleh memilih pelan yang sesuai dengan citarasa dan bajet anda.
Mereka juga akan mengajar anda cara membantu membuat lubang pada ais, cara menukar umpan, dan perkara yang perlu berhati-hati apabila anda menangkap ikan. Sangat seronok menjamu mata di pergunungan dan tasik bersalji sambil menunggu ikan ditangkap. Sewa peralatan memancing termasuk joran,umpan, kerusi dan baldi. Bergantung pada kedai, ikan Wakasagi yang telah ditangkap akan digoreng menjadi tempura dan boleh dimakan!
Sila semak tarikh, masa operasi dan harga di laman web setiap syarikat.
Berikut adalah maklumat tentang Syarikat :
- Bahasa Jepun dan Inggeris OK
- Alamat: 1023-1 Onuma, Nanae-cho, Kameda-gun (5 minit berjalan kaki dari Stesen JR Onuma Koen)
- Hubungi: 0138-67-2229
- Laman Web
- (Bahasa Jepun sahaja)
- Alamat: 1023-25 Onuma-cho, Nanae-cho, Kameda-gun (10 minit berjalan kaki dari Stesen JR Onuma Koen)
- Hubungi: 090-2810-7347
- (sila hubungi sendiri jika inginkan sokongan bahasa asing)
- Alamat: 318-2 Nishi-Onuma, Nanae-cho, Kameda-gun (10 minit dengan kereta dari Stesen JR Onuma Koen)
- Hubungi: 080-4040-7575・Facebook
- Laman web
- (sila hubungi sendiri jika inginkan sokongan bahasa asing)
- Alamat: Higashi-Onuma, Nanae-cho, Kameda-gun, Hokkaido (10 minit dengan kereta dari Stesen JR Onuma-koen)
- Hubungi: 080-4501-5694
- Laman web
Nikmati festival salji dan ais
Pada bulan Februari setiap tahun, Onuma Hakodate Snow and Ice Festival diadakan di bandar Nanae, bersebalahan dengan Bandar Hakodate yang dihadiri oleh warga lokal bersama keluarga. Aktiviti ini sangat sesuai bagi keluarga yang membawa kanak-kanak kerana dapat melihat pameran salji dan ais bagi karakter-karakter yang comel dan menarik yang dibuat hasil kerjasama warga lokal walaupun dalam suhu yang sejuk!
Khususnya bagi kanak-kanak, mereka tentu teruja untuk bermain di gelongsor jumbo! Selama festival berlangsung, terdapat banyak gerai jualan makanan yang boleh anda kunjungi untuk mengisi perut. Festival ini hanya diadakan dua hari sahaja, jadi jangan lupa tandakannya pada kalendar anda.
- Lokasi: Dataran Taman Onuma
- Akses: 5 minit berjalan kaki dari Stesen JR Onuma Koen
- Ditaja oleh: Jawatankuasa Eksekutif Pesta Salji dan Ais Onuma/Hakodate ke-59
- Tarikh festival: 8 Februari (Sabtu) – 9 Februari (Ahad), 2025
- Hubungi: Persatuan Pelancongan dan Konvensyen Antarabangsa Nanae Onuma
- No. Tel: 0138-67-3020
- Laman web rasmi
Meluncur salji di Hakodate Nanae Snowpark
Musim sejuk tidak lain dan tidak bukan disinonimkan dengan sukan musim sejuk yang ekstrim dan menyeronokkan iaitu ski dan ‘snow board’. Dengan menggunakan Gondola yang boleh dinaiki 6 orang penumpang ke puncak, anda boleh bermain ski menuruni padang yang dibarisi pokok yang menghala ke Onuma dengan pemandangan indah Gunung Komagatake.
Lif gondola enam orang di Taman Salji Hakodate Nanae adalah antara yang terpanjang di Jepun, sepanjang 3,319m. Malah, pemula dan pemain ski level pertengahan boleh merasai pengalaman meluncur di gelanggang yang sangat panjang di tengah-tengah pemandangan yang menakjubkan—destinasi ini sangat sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga. Pengunjung boleh menggunakan gondola untuk melihat ‘raksasa salji’ ketika ‘peak season’ (biasanya pada bulan Januari dan Februari). Walaupun anda tidak mempunyai peralatan seperti papan salji atau pakaian, di sana boleh menyewa set lengkap, jadi anda boleh datang dengan tangan kosong (tempahan awal diperlukan).
Bas ulang-alik percuma juga disediakan dari Stesen Shin-Hakodate-Hokuto. Sila semak jadual berlepas dan ketibaan di laman web.
- Alamat : 666 Higashionuma, Nanae-cho, Kameda-gun, Hokkaido 041-1351
- Waktu operasi :
- Biasa : 14/12/2024 (Sabtu) ~ 30/3/2025(Ahad)
- Permainan malam : 28/12/2024 (Sabtu) ~ 2/3/2025 (Ahad) dibuka hanya pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, cuti dan sehari sebelum cuti pada tempoh ini.
- Waktu operasi lift :
- Biasa: 9:00-17:00
- Permainan malam: 17:00~21:00 (tidak termasuk 31 Disember)
- Cuti : Dibuka sepanjang tahun
- Hubungi/Tempahan : 0138-67-3355
- Laman web
Tarikh buka dan tutup tertakluk kepada perubahan bergantung pada keadaan salji.
Luncur ais di Citizens Ice rink of Hakodate
Adakah anda mahu merasai pengalaman meluncur ais di luar di bawah langit yang bersalji? Gelanggang meluncur ais yang terletak di pusat bandar dalam Stadium Keirin Bandar Hakodate mempunyai ‘course’ kelajuan perimeter 250 meter dan gelanggang kecil di tengah dengan tempat pemegang tangan, jadi walaupun anda tiada pengalaman, anda boleh meluncur dengan tenang. Kasut sewa disediakan, jadi anda boleh mencubanya dengan mudah. Sarung tangan dan topi diperlukan.
Bermula dengan memanaskan kaki anda di gelanggang kecil dengan tempat pemegang tangan adalah salah satu idea yang baik. Walaupun langkah anda mungkin tidak stabil pada awalnya, badan akan terbiasa apabila anda mengelilingi susur tangan selama satu atau dua pusingan. Apabila sudah yakin, anda boleh bergerak ke kursus kelajuan.
Kategori | Bayaran sewa | |
Individu | Jenis tiket | Tiket 1orang |
Sekolah rendah/Sekolah menengah bawah | 200yen | |
Sekolah menengah atas | 300yen | |
Umum | 600yen | |
Kasut sewa (1pasang) | 400yen |
- Alamat : Hakodate City Municipal Hakodate Bicycle Racing Stadium, 10-8 Kanabori-cho, Hakodate City
- Waktu perniagaan :
- 14 Disember 2024 (Sabtu) – 16 Februari 2025 (Ahad)
- Hari bekerja : 12:00-19:00
- Sabtu, Ahad dan cuti : 10:00-19:00
- Cuti : 31 Disember, 1 Januari *Boleh ditutup sekiranya cuaca buruk.
- Laman web
Mendaki Gunung Hakodate di musim salji
Tahukah anda bahawa mendaki Gunung Hakodate juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan pada musim salji? Kebiasaanya pelancong menggunakan servis ropeway dan kadangkala menaiki kenderaan untuk naik ke puncak pada musim panas bagi melihat pemandangan malam namun pada musim sejuk, jalan raya untuk ke puncak ditutup sepenuhnya tetapi masih boleh digunakan untuk pejalan kaki. Sekiranya anda sudah memakai but yang panjang dan pakaian yang hangat, tiada peralatan mendaki gunung yang serius diperlukan. Jadi, bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi, mendaki Gunung Hakodate adalah salah satu aktiviti yang sangat menarik untuk dicuba!
Gunung Hakodate mempunyai 11 trail pejalan kaki yang diselenggara dengan baik. Laluan yang paling popular dan bersambung terus ke Obeservation Deck ialah Kyuutozando Trail (旧登山道コース). Perjalanannya kurang daripada 3 kilometer sehala dan mengambil masa kira-kira 1 jam untuk mendaki secara perlahan. Selama perjalanan, anda akan melalui banyak pokok-pokok dan jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat burung Shimaenaga yang popular di Hokkaido.
Anda dinasihati untuk menyemak course laluan untuk naik ke puncak di Mount Hakodate Fureai Center dan patuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan ketika mendaki.
- Alamat : 6-12 Aoyagicho, Kota Hakodate
- Waktu perniagaan : 8:45-17:30
- Ditutup : Cuti akhir tahun dan Tahun Baru (29/12~3/1)
- Hubungi : 0138-22-6799
- Laman web
- Akses ke Gunung Hakodate
Penutup
Hakodate terletak di selatan Hokkaido, jadi ia boleh dikatakan tidak terlalu sejuk berbanding bandar-bandar di Hokkaido yang lain, menjadikannya tempat yang amat disyorkan bagi mereka yang ingin menikmati musim sejuk dan salji untuk pertama kali. Anda boleh menikmati pemandangan musim sejuk yang indah berhampiran Hakodate!