Keyword Search

Empat cerun terkenal yang disyorkan di bandar cerun “Hakodate”

Cerun yang memanjang dari Gunung Hakodate ke bandar dan ke tepi laut menyampaikan sejarah kemakmuran Hakodate pada Era Edo ~ Meiji (sekitar abad ke-17 ~ awal abad ke-20). Kebanyakan cerun adalah selari tanpa bersilang ke yang lain, dan antara cerun-cerun itu terdapat cerun yang lebar dan juga terdapat cerun yang sempit. Dalam artikel ini, kami ingin memperkenalkan cerun-cerun yang anda boleh berjalan dan mengunjungi tapak bersejarah yang terkenal di sekelilingnya, serta menikmati pemandangan yang menakjubkan di sana.

Apakah daya tarikan cerun di Hakodate?

Adalah dikatakan bahawa Hakodate mempunyai cerita yang sama banyak dengan bilangan cerun di sini. Malah, cerun-cerun di bandar ini semua mempunyai suasana yang berbeza dengan yang lain.

Terdapat jumlah sebanyak 19 cerun di Hakodate. Di sepanjang jalan di cerun-cerun Hakodate, terdapat banyak tempat bersejarah budaya dan rumah rakyat lama gaya Jepun di sekelilingnya seperti Gereja Ortodoks Hakodate, Gereja Katolik Motomachi, Gereja Hakodate St. John, bekas Konsulat British, bekas Konsulat Rusia, bekas Dewan Awam Wad Hakodate, dan Kuil Koryuji.

Semasa anda berjalan di sepanjang cerun Hakodate seperti ini, anda akan berasa seolah-olah anda telah mengembara kembali ke masa dahulu.

Cerun Hakodate berterusan dari kaki Gunung Hakodate sampai ke laut, dan semua cerun mempunyai panjang dan lebar yang berbeza-beza. Setiap cerun mempunyai pemandangan yang berbeza dari sisi gunung dan dari tepi laut. Di samping itu, pemandangan yang anda lihat berubah bergantung pada tempat anda berdiri walaupun di cerun yang sama, seperti pemandangan puncak yang dilihat dari tengah cerun adalah berlainan dengan pemandangan pelabuhan dari tempat atas cerun. Inilah daya tarikan cerun Hakodate.

Salah satu pemandangan yang terwakil di Hakodate, “Hachimanzaka”

Nama cerun \”Hachimanzaka\” berasal dari fakta bahawa pernah ada \”Hakodate Hachimangu\” di kawasan ini pada masa dahulu. Jika anda mendaki dari kawasan teluk berhampiran Gudang Bata Merah Kanemori ke arah Gunung Hakodate dan melihat ke belakang anda, anda boleh melihat langit biru, laut biru, dan cerun dengan batu-batu buntar. Ini adalah pemandangan Hakodate yang luar biasa yang sama popular dengan pemandangan malam Hakodate, dan dua-duanya memang merupakan tempat pertama dan tempat kedua popular di Hakodate.

Jika anda melihat dari jauh, dari segi cerun batu buntar cerun \”Hachimanzaka\” yang menghadap ke pelabuhan, anda boleh melihat jalan lurus dan Teluk Hakodate, serta Dewan Memorial Feri Bandar Hakodate dan Mashu Maru yang berlabuh di sana.

Sepanjang cerun Motoizaka ke cerun Hiyorizaka yang berhampiran dengan Taman Motomachi, kafe rumah rakyat lama yang menarik dan bangunan eksotik dibarisi, dan anda boleh menikmati pemandangan yang menarik sambil melaluinya. \”Hakodate Nishi Koko Mae\” di Hachimanzaka adalah tempat foto popular yang terkenal sebagai lokasi penggambaran untuk iklan dan filem. Pada musim sejuk, \”Hakodate Illumination\” akan diadakan, dan pokok-pokok tepi jalan yang berkilauan akan menerangi batu-batu dan membuatkan pemandangan lagi indah dari biasa.

Kecantikan cerun “Motoizaka” yang tidak kira anda melihat ke atasnya ataupun ke bawahnya

Jika anda melihat ke bawah ke arah cerun “Motoizaka” dari kaki gunung, anda dapat melihat “Dewan Awam Wad Hakodate Lama”, “Taman Motomachi”, “Bekas Konsulat British”, “Bekas Pejabat Cawangan Hakodate Kerajaan Hokkaido”, dan lain-lain di hadapan anda. Pada masa lalu, sini adalah pusat utama di Hakodate. Dalam tempoh Era Meiji (1868 ~ 1912), cerun ini dinamakan demikian kerana titik permulaan(Ritei genpyo) untuk mengukur jarak jalan ditubuhkan di bawah cerun.

Pada pertengahan Era Edo (1603 ~ 1868), pejabat-pejabat kerajaan telah ditubuhkan, dan agensi-agensi pentadbiran seperti “Domain Kameda” semasa pemerintahan Matsumae Domain, “Pejabat Majistret Hakodate” di bawah kawalan langsung shogun, dan pejabat cawangan utusan perintis, pejabat cawangan Hakodate Kerajaan Hokkaido, dan pejabat cawangan Agensi Kaido semuanya ditubuhkan di sini. Oleh itu, ia juga dipanggil “Oyakushozaka” atau “Gotenzaka” pada masa dahulu.

Apabila anda melihat cerun Motoizaka dari tepi laut pada hari yang berlangit jelas, “Dewan Awam Wad Hakodate Lama”, yang dicirikan dengan luaran yang berbiru-kelabu dan kuning, nampak memang berbeza dengan langit yang berwarna biru. Selain itu, jika anda melihat ke bawah dari bahagian atas cerun, anda boleh menikmati pemandangan fotogenik yang anda tidak dapat menahan untuk ambil gambar, dengan keretapi elektrik jalan Hakodate, cerun, langit biru, laut, semua dalam satu sudut.

Cerun “Sawaizaka” di mana anda dapat melihat pemandangan yang menakjubkan dan elegan

Salah satu daripada 19 cerun, cerun \”Saiwaizaka\” merupakan salah satu cerun yang terpanjang, dan mempunyai pemandangan yang luar biasa di mana anda dapat melihat pemandangan yang terus dari bahagian atas cerun ke pelabuhan yang kelihatan mengagumkan. Di samping itu, lengkung cerun juga adalah sangat cantik.

Cerun \”Saiwaizaka\” bermula dari kafe dan penginapan \”Bentenkan Hakodate\”, dan sepanjang 620 meter. Di kaki Gunung Hakodate, terdapat kuil bersejarah \”Yamanoue Daijingu\”. \”Yamanoue Daijingu\” pada asalnya terletak di cerun rendah, dan sehingga tahun 1879 (Meiji tahun ke-12), ia dinamakan \”Shinmeisha\”, dan cerun itu juga dipanggil \”Shinmeizaka\” pada masa itu. Pada tahun 1875 (Meiji tahun ke-8), laut di bawah cerun telah ditebus dan tempat itu dinamakan sebagai \”Saiwaicho\”. Kemudian, cerun itu juga dinamakan semula ke \”Saiwaizaka\” secara rasmi.

\”Yamanoue Daijingu\” kini terletak di bahagian bawah cerun ke kaki gunung, lepas melepasi \”Konsulat Lama Rusia\” dan berada di tempat paling atas cerun \”Saiwaizaka\”. Pandangan mata burung dari sini ke cerun dan laut yang melintasi secara menegak adalah sangat mengagumkan. Cerun Saiwaizaka terkenal dengan cerun curam, dan jalan ke puncak memang memerlukan kekuatan fizikal yang besar, tetapi pemandangan dari Yamanoue Daijingu adalah pemandangan indah yang menggerakkan hati pelawat ke sini. Adalah difahami bahawa apa yang pelawat berkata, \”Saiwai(kebahagiaan) sedang menanti anda pada akhir pendakian.\”

Sebuah bandar di mana anda boleh merasai eksotikisme Cerun “Daisanzaka”

Adalah dikatakan bahawa nama cerun “Daisanzaka” berasal dari fakta bahawa perkataan “Daisan” yang ditulis di tempat penginapan yang dibina di pintu masuk cerun bagi orang-orang yang datang ke pejabat majistret dari luar bandar pada perniagaan rasmi pada masa dahulu.

Jika anda mendaki dari bahagian bawah cerun, anda akan menemui “Bangunan Daisanzaka”, “Ebisu Shokai”, “Rumah Kamei Lama”, dan sebagainya. Seni bina gaya Barat yang menarik perhatian dibarisi di sini. Jika anda meneruskan pendakian itu, anda akan sampai ke “Gereja Motomachi Katolik”, dan selepas lulus Minatogaoka-dori, anda akan menampak gereja-gereja seperti “Gereja St. John” dan “Gereja Ortodoks Christ”. Kawasan sekitar “Daisanzaka” dipenuhi dengan gereja-gereja dan bangunan-bangunan gaya Barat, dan cerun berturap batu juga akan membuat anda berasa lebih elegan.

Pada tahun 1987 (Showa tahun ke-62), “Daisanzaka” telah disahkan sebagai salah satu jalan terbaik daripada “100 jalan terbaik Jepun” oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan. Pada musim luruh, daun musim luruh dan buah-buahan merah terang mewarnai seluruh “Daisanzaka” dengan warna kemerahan, dan kemegahan yang jelas menjadikannya jalan batu-batu campuran gaya Jepun dan Barat, di mana mewujudkan satu suasana lama yang elegan.

Ringkasan

Hakodate yang berada di Hokkaido bukan sahaja popular di kalangan orang Jepun tetapi juga di luar negara mempunyai banyak tempat bersiar-siar.

Salah satu tarikan yang paling terkenal adalah pemandangan malam dari Gunung Hakodate. Selain itu, anda juga boleh berjalan lebih jauh dari puncak dan melihat pemandangan cerun yang menuju ke pelabuhan dari kaki gunung Hakodate. Hakodate mempunyai banyak cerun yang indah, dan sama ada anda melihat dari bahagian bawah cerun atau ke bawah dari atas cerun, masing-masing mereka mempunyai daya tarikan tersendiri. Apabila anda mengunjung ke Hakodate, jomlah mencari cerun kegemaran anda di sini dan menikmatinya!