Festival Sakura di Taman Goryokaku, Hakodate – Nikmati Genghis Khan di bawah Pokok Sakura

[Dikemaskini : Februari 2025]
Tempat melihat bunga sakura yang paling terkenal di Hakodate ialah Taman Goryokaku. Pada musim sakura, anda boleh menaiki Menara Goryokaku dan menikmati pemandangan bentuk bintang berwarna merah jambu yang terbentuk daripada lebih 1500 pokok sakura, serta berjalan-jalan di sekitar parit sambil menikmati pemandangan sakura yang sangat indah. Kedua-duanya sangat memukau.
Selain menikmati sakura, bagi penduduk tempatan, “Genghis Khan” (hidangan daging kambing/biri-biri) juga merupakan satu aktiviti meriah sewaktu melihat bunga. Di bawah pokok sakura , anda boleh menikmati Genghis Khan atau BBQ, yang merupakan pengalaman unik semasa musim sakura. Mari kita lihat sama-sama tempat-tempat menarik untuk menikmati bunga sakura di Taman Goryokaku!
Berjalan-jalan di tebing parit

Apabila anda memasuki kawasan dalam istana dari pintu utama taman di sebelah kanan, terdapat banyak tangga yang mengarah ke tebing (dinding tinggi), jadi pastikan untuk mencuba mendakinya! Dengan berjalan perlahan di sepanjang tebing, anda dapat menikmati pemandangan sakura dari kedudukan yang sedikit lebih tinggi, dan mengkeindahannya dari sudut yang berbeza. Pemandangan sakura yang mekar sepenuhnya yang terbentang di hadapan anda akan terasa seperti lautan sakura, memberikan pengalaman yang sangat magikal seolah-olah anda telah tersesat ke dalam dunia dongeng.
Berjalan-jalan di sekitar parit berbentuk bintang


Di sekitar parit Taman Goryokaku, terdapat laluan pejalan kaki sepanjang kira-kira 1800 meter, di mana anda boleh berjalan sambil menikmati sakura dengan tenang. Anda juga boleh mencari tempat kegemaran anda, bentangkan tikar di bawah pokok sakura bersama rakan-rakan, dan berpiknik – satu cara yang sangat menyeronokkan untuk menghabiskan masa di bawah pokok sakura.
Pejabat Pemerintah Hakodate
Di tengah-tengah Goryokaku, terdapat sebuah Pejabat Pemerintah Hakodate yang dibina pada penghujung era Edo. Anda boleh melawat bahagian dalam dan mempelajari lebih lanjut tentang sejarah tempat ini (bayaran masuk dikenakan). Kebanyakan pokok sakura di Taman Goryokaku adalah jenis Somei Yoshino, namun di sekitar Pejabat Pemerintah Hakodate, terdapat juga pokok sakura jenis Shidarezakura dan Yamazakura. Shidarezakura adalah jenis sakura yang berbunga lebih lambat, jadi anda masih dapat menikmati pemandangan sakura yang indah selepas Somei Yoshino habis berbunga.
Nikmati Genghis Khan di bawah pokok sakura



Menikmati Genghis Khan di bawah pokok sakura adalah satu tradisi di Hokkaido. Bau daging kambing yang sedang dipanggang sambil melihat sakura yang berkembang mekar menjadikan pengalaman musim bunga lebih menyeronokkan!
Dengan mengikuti peraturan keselamatan api di kawasan yang ditetapkan, penduduk tempatan dan pelancong boleh menikmati pengalaman Genghis Khan yang hanya boleh dinikmati pada musim sakura.
Di restoran berhampiran Menara Goryokaku, mereka menyediakan ‘Set Genghis Khan untuk Pesta Sakura’ pada musim ini (perlu membuat tempahan terlebih dahulu). Anda boleh menikmati Genghis Khan di bawah pokok sakura tanpa perlu membawa apa-apa, menjadikan ia satu pengalaman mewah.
※Mengikut peraturan bandar Hakodate, hanya boleh digunakan semasa tempoh pemasangan hiasan lampu sakura malam di Taman Goryokaku.
Berikut merupakan maklumat mengenai ‘Set Genghis Khan untuk Festival Sakura’ 2024. Untuk maklumat mengenai 2025, sila semak informasi terkini yang dinyatakan oleh pihak restoran.
- Harga: 3000 yen/seorang
- Portable gas、Pinggan pakai buang
- Peralatan pakai buang (pinggan sos, chopstick, tisu basah)
- 300 gram daging kambing bahagian atas, 5 jenis sayur (taugeh, kobis, terung, lada benggala, bawang), sos.
- Waktu tempahan yang dibenarkan
- Tarikh: 22 April 2024 ~ 7 Mei 2024
- Sesi Tengahari: 11:00 ~ 15:00
- Sesi Malam: 17:00 ~ 21:00
- Tempahan melalui Laman Web Rasmi (hanya melalui telefon)
- No. Tel :090-6694-7500
- Waktu operasi
- Sebelum festival :9:00~18:00
- Sepanjang festival : 8:00~20:00
- Laman web rasmi (Bahasa Jepun)
Naik ke Menara Goryokaku dan nikmati pemandangan berbentuk bintang berwarna merah jambu.



Menara Goryokaku dibina untuk memberikan pemandangan menyeluruh ke atas Tapak Sejarah Khas Negara, Goryokaku. Setelah membeli tiket, anda boleh terus menaiki lif ke ‘observation platform’ yang terletak kira-kira 90 meter tinggi, di mana anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah melalui tingkap kaca. Terutamanya pada musim sakura, bentuk bintang Goryokaku yang dikelilingi oleh sakura berwarna merah jambu lembut mencipta pemandangan yang mempesona dan indah, memberikan pengalaman pemandangan yang istimewa hanya pada musim ini.
Dari ‘observation platform’, anda dapat melihat di tengah-tengah Goryokaku, terdapat bangunan bersejarah Pejabat Pemerintah Hakodate. Selain itu, pemandangan orang ramai yang sedang berjalan-jalan di taman atau mendayung bot di parit juga membolehkan anda merasai keindahan setiap musim.
Pada musim sakura, anda boleh beli dan nikmati ais krim perisa sakura yang merupakan menu terhad dan istimewa hanya pada musim bunga. Sambil menikmati pemandangan sakura yang sedang mekar, rasai keenakan sofuto perisa sakura yang pasti akan membuatkan hati anda terasa ceria dan meriah!
Lobi di Menara Goryokaku dan Sudut Sakura Terhad


Ruang di tingkat satu Menara Goryokaku adalah ruang terbuka yang luas, dengan tingkap kaca besar dan siling tinggi. Walaupun berada di dalam bangunan, anda boleh menikmati pemandangan sakura di taman.
Pada musim sakura, selain ais krim berperisa sakura, terdapat banyak lagi produk terhad berasaskan sakura yang turut dijual. Contohnya, biskut, minuman, key chain, krim tangan, mask muka, serta pelbagai barangan eksklusif sakura yang lain. Barang-barang ini sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada diri sendiri mahupun sebagai cenderamata, yang pasti akan menambah kenangan indah perjalanan anda.
Melihat bunga sakura dengan bot dayung

Di Taman Goryokaku, anda boleh menyewa bot dayung kecil untuk mengelilingi parit (kira-kira 1.5 kilometer) selama 30 hingga 40 minit sambil menikmati pemandangan. Dengan menaiki bot kecil yang terapung di atas parit, anda dapat menikmati keindahan sakura yang tercermin di permukaan air sambil menikmati masa yang tenang. Anda juga boleh melihat sakura dari sudut yang berbeza dan bergeraksecara fleksibel, menjadikannya pengalaman yang lebih istimewa.
Salji bunga sakura dan sungai yang dipenuhi bunga
Apabila musim sakura hampir berakhir, bunga sakura yang gugur seperti salji (桜吹雪: Sakura fubuki) dan terapung di atas air (花筏 : Hana ikada) adalah pemandangan yang tidak boleh dilepaskan. Selepas sakura mencapai puncak mekarnya, dalam kira-kira seminggu, kelopak bunga akan mula gugur, mencipta pemandangan salji bunga sakura. Pemandangan indah ini adalah salah satu keseronokan dalam pesta bunga sakura dan juga merupakan detik yang mengingatkan kita tentang penghujung musim bunga. Anda boleh menikmati piknik dengan santai di atas karpet sakura yang dipenuhi kelopak bunga, sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan itu.
Sepanjang tempoh bunga sakura gugur, kelopak bunga yang jatuh akan mewarnai parit Goryokaku dengan warna merah jambu, mencipta pemandangan ‘sungai berwarna pink’ yang menutupi permukaan air. Pemandangan ini begitu indah seolah-olah seperti mimpi, dan merupakan detik yang penuh keajaiban, seolah-olah kita merasai penghujung musim sakura. Pada tempoh ini, anda juga boleh bergerak dengan santai di tengah-tengah parit yang dilitupi bunga sakura yang telah gugur menggunakan bot dayung untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan itu.
Sakura pada waktu malam yang romatik



Pada musim sakura, light-up turut diadakan pada waktu malam serta tanglung kecil dihias di halaman Menara Goryokaku. Menara Goryokaku yang diterangi cahaya dan sakura yang menjadi kombinasi indah, mencipta suasana malam yang sangat romantik. Bersiar-siar di bawah cahaya malam ini, anda dapat menikmati pemandangan yang berbeza dan lebih mempesona berbanding siang hari. Sakura malam yang tercermin di permukaan air parit juga mencipta pemandangan yang misteri dan indah.
Penutup
Goryokaku mempunyai latar belakang bersejarah pada akhir zaman Shogun Jepun dan selalu dijadikan lokasi penggambaran dalam banyak filem, drama, dan manga. Dalam filem yang ditayangkan di pelbagai negara pada tahun lepas, ‘Detektif Conan: Bintang Goryokaku 1 Juta Dollar’, Pemandangan di Taman Goryokaku juga ditayang pada musim sakura.
Musim terbaik untuk melihat sakura di Goryokaku Park biasanya bermula dari akhir April hingga pertengahan Mei. Untuk menikmati pemandangan sakura yang paling indah pada musim bunga ini, pastikan untuk singgah dan melawat Hakodate!
- Tarikh sakura mula berbunga:18 April 2024
- Tarikh peak bunga sakura mekar:23 April 2024
※Sila semak maklumat terkini mengenai festival bunga sakura 2025 dan peraturannya (hiasan lampu, penggunaan api, minum alkohol, festival , makan sambil berjalan, dll
※Sila berhati-hati kerana kawasan sekitar Taman Goryokaku akan mengalami kesesakan lalu lintas.(Maklumat lanjut/Bahasa Jepun)