Keyword Search

Dari taman yang berada di dalam bandar hingga ke tempat alam semulajadi! 5 Destinasi Terbaik untuk Menikmati Pemandangan Daun Musim Luruh di Hakodate

[Kemaskini terakhir 2024/08/02]

Daun Musim Luruh di Hakodate
Hakodate adalah sebuah bandar yang menawarkan seni bina yang menawan, makanan yang lazat, serta pemandangan yang indah, oleh itu ia menjadi tempat yang selalu mempunyai keseronokan yang dapat dinikmati sepanjang masa. Terutamanya dari Oktober hingga November tiap-tiap tahun, bandar ini dimandikan dengan daun emas dan musim luruh yang merah dan cantik, menjadikan bandar ini lebih menarik.
Purata suhu musim luruh di Hakodate adalah 10 °C, jadi pakailah pakaian yang hangat dan selesa semasa anda mengunjung ke tempat berdaunan musim luruh. Dari rumah teh menawan yang bersinar di bawah naungan daun merah ke bangunan bersejarah yang dikelilingi oleh daun musim luruh, berikut adalah lima destinasi di Hakodate yang anda tidak boleh tertinggal.

1. Kosetsuen

Di bukit yang berhampiran dengan Onsen Yuno-kawa, terdapat Taman Miharashi yang luas dengan taman “Kousetsuen” yang menggabungkan ciri-ciri Barat dan tradisional Jepun. Ia direka dan dibina pada tahun 1890-an sebagai vila dan taman untuk peniaga kaya serta keluarga mereka. Selepas tempat ini dibuka untuk pengunjung umum pada tahun 1927, taman ini menjadi hanya satu taman harta budaya yang ditetapkan secara nasional di Hokkaido.
Di sini, anda dapat menikmati keindahan bunga sakura pada musim bunga, kelip-kelip berkilauan pada musim panas, dan daun musim luruh pada musim luruh. Setiap tahun, pada musim luruh, “Hakodate MOMI-G Festa” akan diadakan di taman ini di mana taman dinyalakan khas untuk menunjukkan kecantikan daun musim luruh.
Taman Miharashi menawarkan lebih daripada 150 jenis pokok-pokok dan bunga-bunga, menjadikannya taman semula jadi yang indah. Selain itu, di sini terdapat taman Jepun, pavilion teh yang menarik, dan Pusat Hijau yang boleh digunakan sebagai tempat berehat-rehat.

2. Taman Goryokaku

Taman Goryokaku adalah salah satu tempat terkenal di Hakodate dan semakin popular kerana pemandangannya yang indah dan bentuk bintang yang unik. Taman ini juga mempunyai nilai sejarah yang penting di Jepun.
Goryokaku, yang berfungsi sebagai kubu terakhir tentera shogun Edo semasa Perang Boshin (1868 ~ 1869) sebelum Pemulihan Meiji, adalah direka oleh arkitek Jepun Ayasaburo Takeda. Dengan membina kubu berbentuk bintang, mereka dapat letak lebih banyak senjata di dinding dan dengan begitu mengurangkan titik lemah mereka. Kubu ini melambangkan pertempuran terakhir Perang Boshin, serta kejatuhan Shogunate, dan peralihan kuasa ke kerajaan Meiji.
Taman Goryokaku dibuka kepada orang umum pada tahun 1914 dan telah menawan hati pengunjung dengan keindahan empat musim. Kira-kira 1,600 pokok sakura mekar pada musim bunga. Selain itu, pokok-pokok hijau boleh dinikmati pada musim panas, dan pokok-pokok dicelup dalam warna merah yang terindah pada musim luruh. Pada musim sejuk, anda boleh menikmati pemandangan bersalji yang diterangi oleh pencahayaan.
Pengunjung boleh mengagumi seluruh taman dan kawasan yang indah dari atas Menara Goryokaku, menikmati bunga bermusim seperti azaleas, wisteria dan teratai air, dan bersiar-siar di persiaran sepanjang 1,800 meter.

3. Kereta Gantung di Gunung Hakodate

Gunung Hakodate adalah tempat yang popular sepanjang tahun, tetapi terutamanya pada musim luruh, ia diwarnai dengan daun musim luruh yang indah, dan mempunyai daya tarikan yang menakjubkan!
Cara yang paling biasa untuk menaik ke atas gunung ini adalah dengan menggunakan Kereta Gantung Gunung Hakodate. Kereta Gantung menawarkan pemandangan 360 darjah untuk bandar Hakodate dan Gunung Hakodate dari tingkap berdinding kaca, dan telah dianugerahkan tiga bintang dalam edisi Michelin Green Guide Japan. Dari gondola berkapasiti 125 orang penumpang, anda dapat melihat mercu tanda popular dan pemandangan semula jadi, termasuk Selat Tsugaru dan teluk Hakodate yang berkilauan.
Sekiranya anda ingin mencari kursus yang lebih mencabar, anda boleh mencubai Kursus Miyanomori dari Kuil Hachiman. Kursus ini amat disyorkan untuk pelawat yang ingin mendaki dengan alam sekeliling yang dikelilingi oleh daun musim luruh.
Anda boleh menaik bas ulang-alik dari stesen Hakodate yang ambil masa kira-kira 15 minit untuk menuju ke stesen kereta gantung Hakodate.

4. Taman Motomachi

Taman Motomachi adalah tempat yang tersesuai untuk menikmati keindahan musim bersama dengan sejarah Hakodate. Kawasan ini terkenal dengan seni bina Barat yang berwarna-warni. Terdapat pelbagai cerita tentang asal usul Hakodate dinamai “Hakodate”, terutamanya di tempat ini. Pada zaman Muromachi (abad ke-14 ~ 16), Kono Masamichi, yang berasal dari Tsugaru dengan Nobuhiro Takeda, yang kemudiannya menjadi tuan pertama Matsumae Domain, membina pavilion yang berbentuk kotak berhampiran dataran di mana Taman Motomachi sekarang dan di mana Monumen Commodore Perry terletak, dan dengan begitu nama “Hakodate” berleluasa.
Pada zaman Edo (1603 ~ 1868), Hakodate Magyosho dibuka, dan selepas itu, pejabat cawangan Hakodate Kerajaan Hokkaido dibina, dan tempat inilah yang selalu menjadi tempat pimpinan Hakodate. Hari ini, banyak bangunan di sekitar Taman Motomachi beroperasi sebagai kafe dan restoran, menjadikannya tempat yang sesuai untuk berehat ketika mengunjungi ke Hakodate.
Pada musim luruh, pokok-pokok di taman menjadi merah, dan anda boleh mengambil gambar bangunan-bangunan indah yang dikelilingi oleh daun musim luruh.

5. Empangan Sasaryu

Empangan Sasaryu dibina pada tahun 1923, dan diiktiraf sebagai warisan kejuruteraan awam oleh Persatuan Jurutera Awam Jepun sebagai empangan “buttress” pertama di Jepun.
Di hadapan Empangan Sasaryu, terdapat dataran taman yang diberkati dengan alam semula jadi. Pada musim luruh, lebih daripada 100 Maples berwarna merah yang dicelup dengan indah, dan bunga Sakura mekar penuh pada musim bunga. Taman ini adalah tempat yang popular untuk berkelah dan berjalan-jalan. Adalah sangat disyorkan supaya anda pergi ke bank empangan di mana anda dapat melihat daun musim luruh yang indah menyebar di dataran taman depan di bawah mata anda.
Empangan Sasaryu boleh dikunjungi dalam masa kira-kira 50 minit dengan bas dan berjalan kaki dari Stesen Hakodate, atau 1 jam dengan bas dan berjalan kaki dari Goryokaku.

Marilah menikmati warna musim luruh Hakodate

Hakodate mempunyai destinasi untuk menikmati pelbagai jenis dedaunan musim luruh, dari taman-taman Jepun dan taman-taman dalam bandar sampai ke lokasi yang kurang dikenali di tengah-tengah alam semula jadi. Jika anda ada peluang, jomlah lawati Hakodate pada awal November, ketika warna musim luruh yang paling indah.