【Lima Penginapan Hakodate yang disyorkan】Mari kita nikmati pesona Hakodate di penginapan yang mempunyai pemandangan Pelabuhan Hakodate yang luar biasa, makanan gourmet, dan mata air panas
Jika anda berpeluang untuk melawat ke Hakodate, Hokkaido, jomlah cuba menginap di tempat penginapan yang lagi bergaya dan berkualiti tinggi. Kali ini, kami akan memperkenalkan lima penginapan unik yang berada di tengah-tengah Bandar Hakodate, di mana anda boleh menikmati seni bina yang unik, masakan-masakan tempatan, mata air panas semula jadi, dan menikmati daya tarikan Hakodate tak kira waktu siang atau malam!
Bank lama yang telah berubah dan menjadi hotel yang unik! Jom merendamkan diri dalam sejarah
di “HakoBA Hakodate by THE SHARE HOTELS”
“HakoBA Hakodate by THE SHARE HOTELS” terletak di Pelabuhan Hakodate. Hotel ini adalah sebahagian daripada bangunan bersejarah bekas Cawangan Yasuda Bank Hakodate yang dibina pada tahun 1932. Tempat penginapan ini terdiri daripada sebahagian daripada bangunan bersejarah ini dan juga bangunan yang bersebelahan dengannya. Oleh kerana sesetengah jenis bilik terletak di bekas bangunan bank, jadi anda dapat merasai suasana yang klasik dan bersejarah dengan budaya bangunan yang terkaya.
Hotel ini mempunyai sebanyak 9 jenis bilik untuk memenuhi pelbagai keperluan, dari pelancong solo hingga pasangan dan pelancong berkumpulan, jadi sesiapa pun pasti dapat pilih bilik yang sesuai dengan diri sendiri. Jika anda ingin tinggal di bangunan bank lama, hotel ini mempunyai dua jenis bilik dengan katil kembar di bilik-bilik bank lama iaitu Junior Suite dengan Maisonette di Bangunan Bersejarah dan Moderate Twin di Bangunan Bersejarah, dan untuk bilik lain ia mempunyai 4 jenis bilik Standard Double di Bangunan Bersejarah di mana katil utamanya adalah katil dua dengan bilik kecil yang tersesuai untuk 1~2 orang.
Tempat penginapan ini mempunyai pelbagai kemudahan yang dikongsi. Ia mempunyai satu lounge buku di tingkat dua bekas bangunan bank, dan ia mempunyai reka bentuk yang megah yang mengekalkan bau sejarah yang megah. Sila luangkan masa yang berehat sambil membaca buku mengenai Hakodate dan buku-buku foto Hokkaido di sini. Ia juga terdapat dapur berkongsi secara eksklusif untuk tetamu di tingkat atas, yang dilengkapi dengan peralatan memasak dan perkakas, supaya anda boleh menikmati katering diri. Di samping itu, di luar dapur terdapat teres atas bumbung terbuka yang menghadap ke Teluk Hakodate. Rasailah angin laut yang menyegarkan dan luangkan masa lapang terbaik seperti ini.
“HakoBA Hakodate by THE SHARE HOTELS”
Alamat: 23-9, Suehiro-cho, Hakodate-shi, Hokkaido
Alami saat yang menyembuhi dan dikelilingi oleh bunyi ombak di “NIPPONIA HOTEL Hakodate Minatomachi”
Satu tempat yang anda tidak boleh ketinggalan dalam lawatan anda ke Hakodate adalah Gudang Bata Merah Kanamori yang merupakan simbol pelancongan di Pelabuhan Hakodate. Jomlah nikmati pemandangan di gudang bata merah yang nostalgia sambil nikmati makanan gourmet dan membeli-belah. Walau bagaimanapun, jika tidak cukup puas hati dengan membeli-belah di sini, anda juga boleh mempertimbang untuk menginap di kemudahan penginapan “NIPPONIA Hotel Hakodate Minatomachi” yang menggunakan gudang bata merah sebagai tempat penginapannya. Di sini, anda boleh menikmati percintaan unik yang hanya dapat dirasai di Hakodate, dengan dikelilingi oleh pemandangan yang indah dan bunyi ombak sepanjang malam.
“NIPPONIA Hotel Hakodate Minatomachi” mempunyai sebanyak 9 bilik tetamu di bangunan gudang terbiar yang telah diubahsuai menjadi kumpulan gudang bata merah di Daerah Pemeliharaan Bangunan Tradisional yang berada bersebelahan dengan Pelabuhan Hakodate. Bilik-bilik digayakan dalam gaya Scandinavia, harmoni dengan reka bentuk bata merah untuk mewujudkan suasana yang ringkas tetapi hangat.
Apabila cahaya lembut bersinar ke dalam bilik melalui tingkap, ia mewujudkan suasana yang selesa dan intelektual, anda dapat menikmati saat damai yang memang berbeza dari kehidupan seharian anda, dan anda akan beringin untuk tinggal di sini selama-lamanya! Sambil mendengar bunyi gelombang yang menyembuhi, silalah luangkan masa untuk menenangkan fikiran dan badan anda di sini.
Bagi mereka yang ingin menikmati mandian yang berbeza, terdapat juga perkhidmatan Mandian Kasu Sake. Bau sake Kuramoto Hakodate yang bersamar-samar di udara, dan anda boleh berehat dengan lebih selesa daripada pemandian yang lain, dan badan anda akan panas dari inti.
Restoran LE UN NIPPONIA HOTEL Hakodate Minatomachi yang berada di dalam penginapan ini, menawarkan menu bermusim sepanjang tahun, dan anda boleh menikmati perisa bermusim yang dibuat dengan bahan-bahan tempatan yang tersegar seperti daging lembu Hakodate Wagyu dan makanan-makanan laut dari Hokkaido. Pada masa minum petang, terdapat pelbagai makanan ringan dan kuih-muih, termasuk parfait yang dibuat dengan buah-buahan Hokkaido, jadi jika anda suka makanan manis, pastikan anda menyemak dan mencubainya!
“NIPPONIA HOTEL Hakodate Minatomachi”
Alamat: 11-8 Toyokawa-cho, Hakodate-shi, Hokkaido
Pilihan pertama untuk pelancongan ibu bapa dan anak atau pelancongan berkumpulan! FAV HOTEL Hakodate
Jika anda merancang pelancongan dengan keluarga atau berkumpulan, “FAV HOTEL HAKODATE” di Otemachi, Bandar Hakodate adalah pilihan yang terbaik. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar, dengan hanya 30 saat berjalan kaki dari pasar pagi Hakodate dan 3 minit berjalan kaki dari Stesen Hakodate, jadi anda tidak perlu risau untuk merancang kursus melancong anda.
Hotel ini mempunyai bilik-bilik yang boleh memuatkan sehingga 2~6 orang. Bilik-bilik yang luas dengan reka bentuk yang ringkas dan anggun memang tersesuai untuk melancong dengan rakan-rakan atau berehat-rehat senang dengan keluarga. Peralatan rumah tangga seperti pembersih vakum, humidifiers, dan penyegar udara, serta peralatan memasak seperti dapur kecil, dapur elektrik, dan ketuhar gelombang mikro juga disediakan. Terdapat banyak barang-barangan untuk kanak-kanak seperti pengawal katil dan kerusi mandi kanak-kanak, jadi anda boleh menginap di sini dengan anak-anak dengan senang.
Berdasarkan konsep “Lepaskan keunikan anda”, beberapa bilik tetamu memaparkan karya seni yang dicipta oleh orang kurang upaya intelektual yang telah mengikat kontrak dengan “Heralbony”. Setiap buatan adalah unik, dengan warna-warna dan gubahan yang unik, mewujudkan suasana seperti terdapat galeri seni di dalam hotel. Apabila anda melawat di sini, jomlah luangkan sikit masa untuk mengagumi karya-karya ini untuk menjadikan perjalanan anda lebih kaya dan lebih mendalam.
Selain itu, terdapat kafe dan bar di tingkat pertama hotel yang menawarkan kopi dan pelbagai minuman beralkohol, makanan-makanan ringan yang boleh dinikmati oleh penginap atau tetamu yang bukan penginap.
“FAV HOTEL Hakodate”
Alamat: 20-15 Otemachi, Hakodate-shi, Hokkaido
Suasana yang melampaui masa dan ruang! Mata air panas semulajadi yang bergaya Edo “La’gent Stay Hakodate Ekimae”
“La’gent Stay Hakodate Ekimae” bersebelahan dengan Stesen JR Hakodate dan hanya 1 minit berjalan kaki dari stesen. Ia terletak hampir dengan mercu tanda baru Hakodate, “HAKOVIVA” dan “Hakodate Ekimae Yokocho”, dan mempunyai pelbagai kemudahan, jadi anda boleh menikmati membeli-belah dan makanan gourmet pada masa yang sama apabila menginap di sini!
Terdapat pelbagai jenis bilik untuk memenuhi keperluan sama ada pelancong solo atau keluarga. Terdapat juga bilik wanita sahaja, di mana wanita juga boleh menggunakannya dengan yakin dan selamat. Jenis bilik termasuk bilik-bilik gaya Barat, bilik-bilik gaya Jepun dan bilik-bilik kediaman dengan suasana yang selesa. Bilik-bilik jenis kediaman seperti vila sangat cerah dan luas, dan juga dilengkapi dengan perabot yang baik dan dapur terbuka dan ruang tamu, menjadikannya tersesuai untuk keluarga dan pelancong kumpulan. Sekiranya anda mencari pengalaman yang lebih mewah, kami mengesyorkan Royal Suites seluas 160 meter persegi, di mana terdapat ruang yang elegan dan pintar yang menggabungkan Jepun dan Barat. Di Royal Suite, anda juga boleh menikmati pemandangan malam Hakodate yang indah, dan anda boleh menghabiskan masa yang romantis dan terindah sekali.
Mata air panas semula jadi hotel adalah ciri utama di hotel ini, dan mandian awam besar yang menggabungkan gaya tempoh Edo, membuatkan anda berasa seolah-olah sedang melancong melalui masa dan ruang. Jika anda bersentuh dengan suasana yang membolehkan anda berasa nostalgia dalam fesyen lama, anda juga tentu akan berasa lagi tenang.
Bar di tingkat pertama juga menawarkan berbagai-bagai pilihan koktel. Bar ini mempunyai dinding bata merah retro yang unik, dan ia juga disyorkan untuk dilawat pada waktu malam untuk menghabiskan masa malam orang dewasa.
“La\’gent Stay Hakodate Ekimae”
Alamat: 12-8 Wakamatsu-cho, Hakodate-shi, Hokkaido
Merendamkan diri dalam pemandangan dan aroma yang indah yang mendalam! “HOTEL & SPA Hakodate Century Marina Hotel”
“HOTEL & SPA Hakodate Century Marina Hotel” terletak di tengah-tengah bandar Hakodate, dengan pengangkutan yang mudah, dan berhampiran dengan tempat pelancongan utama seperti Stesen JR Hakodate, Pasar Pagi Hakodate dan Gudang Bata Merah Kanamori.
Bilik-bilik yang menghadap ke jalan utama dan pelabuhan Hakodate dan menawarkan pemandangan yang luas dan cantik.
Apabila menginap di hotel ini, jangan tertinggalan untuk menikmati mandian terbuka mata air panas semula jadi di tingkat 14, di mana anda boleh menghadap ke Gunung Hakodate dan langit berbintang-bintang. Langit berbintang yang tersebar di hadapan anda dan Gunung Hakodate dan pemandangan yang luar biasa akan membuatkan anda menghela nafas secara terkata, “Adakah syurga ke ini ?!”
Mata air panas berkesan dalam melegakan otot, melegakan gejala seperti sakit sendi, tangan dan kaki sejuk, kulit kering, melegakan keletihan, dan menyembuhkan minda dan badan anda. Selepas berendam di mata air panas, anda juga boleh nikmati pelbagai minuman, bir, ais krim dan makanan ringan sambil menikmati pemandangan malam di Stellar Lounge di tingkat 14.
Hotel ini juga menawarkan pelbagai jenis bantal untuk dipilih. Di samping itu, anda boleh memilih rempah wangian kegemaran anda daripada 20 jenis rempah wangian semula jadi dan membawanya kembali ke bilik anda. Bau ini mempunyai kesan bertenang dan membantu tidur lena, menjadikannya lebih mudah untuk tidur dengan lebih mendalam. Jika anda cenderung mengalami insomnia semasa perjalanan ke tanah yang tidak dikenali, hotel ini akan membantu anda tidur dengan lena sehingga pagi!
Apabila anda bangun, jangan lupa bahawa sarapan mewah di hotel sedang menanti anda. Terdapat pelbagai menu sarapan Jepun dan Barat yang menggunakan banyak bahan-bahan segar dari Hokkaido. Mereka juga menghidangkan sayur-sayuran dan beras perang, jadi anda akan penuh tenaga sejak awal pagi lepas bersarapan di sini!
“HOTEL & SPA Hakodate Century Marina Hotel”
Alamat: 22-13 Otemachi, Hakodate, Hokkaido
Ringkasan
Sekian, kami telah memperkenalkan 5 penginapan di Hokkaido di mana terdapat pengangkutan yang mudah, reka bentuk yang bergaya dan berkualiti tinggi, ruang yang luas dan selesa, dan terdapat restoran peringkat tinggi di dalam bangunan supaya anda boleh menikmati rasa tempatan tanpa pergi jauh dengan susah payah. Bandar pelabuhan eksotik Hakodate, Hokkaido, adalah sesuatu tempat yang mempunyai hotel yang terkenal dengan makanan, bangunan bersejarah, alam semula jadi, mata air panas, dan seni, jadi ia sangat sesuai sama ada untuk melancong bersendirian atau bersama dengan orang tersayang atau rakan-rakan. Jomlah kita cuba hotel yang unik dan lain daripada yang lain. Jika anda memilih tempat yang agak berbeza dari biasa, anda akan dapat melupakan sepenuhnya kebimbangan harian anda dan dapat merendamkan diri dalam keseronokan yang mendalam.