Shopping
Cenderahati dan tempat membeli-belah yang disyorkan
Semasa melancong, anda pasti ingin membeli cenderamata untuk pelbagai sebab, sama ada sebagai ingatan perjalanan atau untuk memberi kepada orang yang disayangi. Di sini, kami akan memperkenalkan pelbagai jenis cenderahati seperti produk eksklusif Hakodate dan barangan terkenal di Hokkaido, dan juga barang-barang menarik yang terlahir di tempat ini. Selain itu kami ingin memperkenalkan kedai bebas cukai dan tempat membeli-belah yang disyorkan.
Cenderahati yang disyorkan di Hakodate
Di sini, kami ingin memperkenalkan pencuci mulut wakil Hakodate, pelbagai barangan buatan tangan, produk makanan laut yang telah diproses, dan juga cenderahati dan kedai-kedai yang tentu menggembirakan.
Sebagai contoh, kek keju sedap yang dibuat dengan susu dan telur dari Hokkaido, beg kulit dari Hakodate, dan produk sotong yang telah diproses dan sesuai dimakan dengan alkohol.
Maklumat lanjut: https://www.hakodate.travel/my/what_shopping.html
Ini adalah tempat untuk membeli-belah yang paling disyorkan di Hakodate!
Banyak tempat membeli-belah di Hakodate di mana anda boleh menikmati membeli-belah, dari pasar pagi sampai kedai-kedai cenderamata yang berada di tempat melancong yang popular, ke stesen kereta api yang mudah diakses.
Anda juga boleh menikmati membeli-belah di pasar pagi Hakodate yang sibuk dari pagi, “Yokohama Red Brick Warehouse” yang penuh dengan suasana yang unik sebagai bandar pelabuhan, ataupun di dalam premis Stesen Hakodate.
Maklumat lanjut: https://www.hakodate.travel/my/sightseeing_spots/shopping-spot
Kedai-kedai bebas cukai di mana anda boleh membeli-belah dengan sesuka hati
Di sini, kami akan memperkenalkan maklumat mengenai jenama terkenal yang unik di bandar Hakodate seperti kedai serbaneka, kedai elektronik, pusat membeli-belah besar, kedai ubat, kedai antena, dan kedai pengecualian cukai yang dilesenkan secara rasmi oleh kerajaan Jepun. (Marui, Yamada Denki, dan beberapa kedai di Bay Hakodate)
Maklumat lanjut: https://www.hakodate.travel/my/information/tax_free
Cari apa yang anda mahu semasa bersiar-siar.
Selepas menikmati alam semulajadi Hakodate yang menakjudkan dan melawati tempat-tempat melancong, jom kita cari ganjaran untuk diri sendiri atau cenderahati untuk diberikan kepada orang yang kita sayangi di Stesen Hakodate?