Keyword Search

Seasons

Seasons

Pemandangan yang hebat, acara, dan makanan gourmet yang bermusim! Jom nikmati empat musim di Hakodate

Ramai pelancong ke Jepun sering bertanya-tanya bahawa bilakah masa terbaik untuk mengunjungi Hakodate. Sebenarnya Hakodate yang terletak di barat selatan di Hokkaido mempunyai iklim yang agak sederhana berbanding dengan kawasan lain, yang menjadikannya destinasi pelancongan yang sesuai untuk dinikmati sepanjang tahun! Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan tempat bersiar-siar yang disyorkan di Hakodate yang boleh dinikmati dalam empat musim, termasuk tempat tersembunyi yang hanya diketahui oleh penduduk tempatan. Sila rujuk ke artikel ini untuk menikmati perjalanan anda ke Hakodate dengan pelbagai acara dan makanan gourmet yang berbeza-beza bergantung kepada musim.

Bunga sakura, crocus dan Tsutsuji (azaleas)! Pesona Hakodate pada musim bunga

Musim bunga di Hakodate berada dari awal Mac hingga ke akhir Mei. Pada bulan Mac, salji akan mula mencair, dan kehijauan segar dan bunga kecil mula mekar pada musim bunga awal. Dari akhir bulan April sehingga bulan Mei, bunga sakura dan tsutsuji akan mekar di taman pada musim bunga ini. Tsutsuji (Azaleas) indah yang mekar di Esan adalah pemandangan hebat yang unik untuk musim ini!

Melihat bunga sakura di Taman Goryokaku dan Taman Hakodate

Bunga sakura di Hakodate biasanya mekar sekitar akhir bulan April dan akan mekar sepenuhnya pada awal bulan Mei. Ciri kemekaran bunga di sini adalah ia mula berkembang lebih lewat daripada di Honshu ataupun pulau-pulau lain. Tempat yang paling menarik untuk menikmati bunga sakura di Hakodate adalah Taman Goryokaku dan Taman Hakodate. Beratus-ratus pokok sakura membentukkan satu terowong merah jambu, dan anda dapat melihat Goryokaku berbentuk bintang yang dikelilingi dengan bunga dari dek pemandangan Goryokaku.

Di samping itu, festival bunga sakura diadakan di Hakodate Park pada musim bunga, dan di sana anda boleh menikmati makanan di gerai-gerai makanan yang menyajikan makanan gourmet tempatan. Makanan cuci mulut yang berperisa sakura yang ditawarkan di kedai-kedai dan kafe di seluruh bandar adalah satu kemestian dan sebagai salah satu daya tarikan yang unik untuk musim ini. Pastikan anda mencuba ais krim lembut sakura masa terhad yang dijual di Menara Goryokaku!

Pada waktu malam, bunga sakura di Taman Goryokaku dan Taman Hakodate dinyalakan dengan lampu. Malam yang bersuasana baik dengan bunga sakura juga sangat menarik.

Crocuse yang mekar dengan cantik di taman Iaijoshigakuin

Tidak banyak tempat yang anda dapat melihat crocus yang berwarna-warni walaupun anda berada di Jepun. Tapi terdapat hanya satu tempat di mana anda boleh menikmati bunga yang jarang dan cantik ini di Hakodate, yang memainkan peranan sebagai sebuah bandar pelabuhan yang disambungkan ke dunia,.

“”White House”” yang terletak di perkarangan Iaijoshigakuin, pernah menjadi kediaman para mubaligh. Tamannya ditanam dengan beribu-ribu crocus yang bunganya berwarna putih dan ungu.

Crocus mula mekar sekitar akhir bulan April dan mencapai mekar penuh pada awal Mei. Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 3 petang pada hari minggu dan hari Sabtu. Anda mungkin perlu mengisi borang permohonan di pintu masuk, jadi pastikan anda menyemaknya sebelum anda pergi. Tempat ini juga adalah tapak institusi pendidikan. Mari kita kekalkan adab yang baik semasa melawat ke sini.

Taman Esan Tsutsuji

Tsutsuji (Azaleas) indah yang mekar di Gunung Esan mempunyai pemandangan hebat yang seolah-olah mewakili Hakodate pada musim bunga. Dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan Mei, anda boleh menikmati beribu-ribu tsutsuji dengan bunga yang berwarna merah dan merah jambu terang. Cerun Taman Tsuzuji boleh diambil gambar yang cantik dan berlatarbelakangkan dengan laut, dan kontras dengan warna adalah sangat indah!

Esan mempunyai suhu yang lebih rendah daripada kawasan bandar. Semasa musim berbunga azaleas, suhu siang hari adalah sekitar 10 ° C, jadi berhati-hati dan pakai pakaian yang sesuai. Harap maklum bahawa terdapat tempat letak kereta untuk kereta dan bas berhampiran dengan pintu masuk taman supaya anda tidak perlu bersusah payah untuk memanjat.

Musim yang penuh dengan perayaan! Hakodate pada musim panas!

Sama seperti daerah lain Jepun, musim panas di Hakodate adalah musim perayaan dan dan musim untuk aktiviti luar. Musim panas adalah dari bulan Jun hingga Ogos, dan suhu jarang naik melebihi daripada 30 °C, jadi sangat selesa untuk bermain di luar. Berikut adalah beberapa acara yang tidak boleh dilepaskan semasa lawatan anda ke sini.

Pesta Pelabuhan Hakodate

Pesta Pelabuhan Hakodate diadakan setiap tahun dari haribulan 1 Ogos ~ 5 Ogos untuk meraikan sejarah Hakodate sebagai pelabuhan antarabangsa. Pada malam pertama, di sini akan ada pertunjukan bunga api yang menakjubkan di Kawasan Teluk. Beberapa tukang bunga api terbaik di Jepun bersaing dengan brangan buatan mereka. Pertunjukan bunga api yang tersinar di atas cermin air adalah salah satu daya tarikan yang mesti dilihat.

Daya tarikan pada hari kedua ialah perbarisan, di mana kira-kira 20,000 peserta berpakaian tradisional mempersembahkan tarian mereka. Terdapat banyak acara yang menarik seperti tarian Yosakoi, tarian Pelabuhan Hakodate, dan tarian sotong unik yang hanya dapat ditengok di Hakodate! Selain itu, anda juga menikmati gourmet tempatan di sekitar tempat itu.

Pesta Bunga Api Yunokawa Onsen

Pesta bunga api yang diadakan setiap tahun di sekitar haribulan 10 Ogos di Yunokawa Onsen yang dikatakan sebagai resort mata air panas terutama di Hakodate, adalah salah satu acara terwakil pada musim panas. Acara ini adalah acara yang memperingati ulang tahun ke-300 pembukaan Yunokawa Onsen dan mengucapkan terima kasih atas berkat Yunokawa Onsen.

Bunga api akan dilancarkan di muara sungai. Lampu berwarna-warni yang tersinar atas cermin air, dan seluruh bandar mata air panas diselubungi dengan suasana yang ajaib sekali! Sekiranya anda dapat menyesuaikan jadual anda untuk acara ini, jangan terlepas dari acara ini!

Lawatan ke Kuil Yukura untuk "Natsumode"

Di Kuil Yukura, dewa penjaga Yunokawa Onsen termaktub. Rakyat Hakodate mempunyai adat untuk beribadat yang dipanggil sebagai “Natsumode” untuk berdoa demi kesihatan yang baik dan nasib baik untuk bulan-bulan seterusnya dalam tahun yang sama itu.

Musim lawatan “Natsumode” biasanya dari haribulan 30 Jun ~ akhir Ogos. Di Kuil Yukura dan kuil-kuil lain di Hakodate, loceng angin yang cantik dan “hanachozu” dihiasi. Sila datang untuk melawat pada musim lawatan “Natsumode” kerana ini adalah peluang baik untuk mengambil gambar yang cantik.

Mendaki di Gunung Hakodate

Salah satu aktiviti pada musim panas yang paling menyeronokkan ialah mendaki Gunung Hakodate. Gunung Hakodate adalah tidak terlalu tinggi pada ketinggian 334 meter, dan mempunyai cerun yang rendah, jadi adalah lebih senang untuk didaki. Terdapat beberapa laluan mendaki dengan pelbagai panjangan, dan di sepanjang jalan anda dapat melihat flora dan fauna yang tumbuh di Gunung Hakodate. Laluan yang paling popular ialah Jejak Gunung Tsutsuji, yang sepanjang 1,640 meter dan mengambil masa kira-kira 50 minit sahaja.

Selain itu, jomlah singgah di Pusat Maklumat Hakodateyama untuk mendapatkan peta dan maklumat jejak gunung. Sila pakai kasut yang selesa pada musim panas dan pakai kasut musim sejuk dan pakaian musim sejuk yang sesuai jika anda ingin mendaki sepanjang tahun.

Daun musim luruh yang menakjubkan! Hakodate pada musim luruh

Musim luruh adalah salah satu musim yang paling disuka di Jepun, dan aktiviti mengutip momiji(daun musim luruh) atau melihat momiji merupakan hobi yang popular di sini. Momiji yang berwarna merah terang betul-betul menakjubkan. Hakodate adalah salah satu tempat terbaik di Jepun untuk menikmati keindahan alam semula jadi ini.

Pesta Daun Musim Luruh di Kosetsuen

Taman Kosetsuen Hakodate adalah tempat yang dilitupi dengan kehijauan, dan ia sangat cantik terutamanya pada musim luruh, apabila daun musim luruh mengubah kawasan sekitarnya menjadi seperti laut yang berwarna merah dan emas. Taman di dalam kawasan Taman Miharashi ini adalah taman Jepun yang indah yang dapat menunjukkan ekspresi empat musim.

Dari akhir bulan Oktober sehingga pertengahan bulan November, “”Momi G Festa”” diadakan dan daun musim luruh dinyalakan dengan lampu cantik setiap malam dari jam 16:00 ~ 21:00. Dalam tempoh ini, pelancong boleh menikmati pemandangan yang luar biasa semacam-macam di dunia lain, di mana daun musim luruh terhias dengan terang di samping rumah-rumah tradisional Jepun yang bertaman.

Pemandangan musim luruh di Taman Negara Onuma

Taman Negara Onuma yang tidak jauh dari Bandar Hakodate, adalah kawasan yang indah dan kaya dengan pelbagai-bagai benda. Ia juga terkenal dengan Gunung Komagatake gunung berapi dan merupakan salah satu tempat yang terkenal dengan momiji (daun musim luruh) di Jepun.

Pemandangan yang paling mengagumkan adalah daun musim luruh merah terang yang tercermin di atas Tasik Onuma besar dan Tasik Onuma kecil, di mana pulau-pulau terduduk. Taman ini juga menawarkan pelbagai aktiviti luar seperti trekking, berbasikal, dan berkanu. Ia juga dianggap sebagai tempat yang sempurna bagi sesiapa yang ingin melawat ke tempat yang penuh dengan semula jadi dan ingin melupakan kehidupan harian mereka yang sibuk.

Esan pada Musim Luruh

Gunung Esan yang megah adalah gunung berapi yang masih aktif, dan anda sering dapat melihat gunung setinggi 618 meter ke langit. Rantau ini adalah tempat tersesuai untuk flora dan fauna yang unik, dan musim luruh adalah masa yang tepat untuk melawat ke tempat yang menakjubkan ini.

Pokok-pokok di kaki gunung berapi dicelup dengan daun yang berwarna merah terang, terutamanya pada musim luruh anda boleh menikmati pemandangan bukan sahaja dari jejak gunung tetapi juga dari dek pemandangan.

"Illumination" yang mendebarkan hati! Daya tarikan Hakodate pada musim sejuk

Musim sejuk di Hakodate betul-betul merupakan musim yang ajaib. Salji meliputi seluruh bandar, menjadikannya keajaiban musim sejuk. Kontras antara salji yang berkilauan dan lampu berwarna-warni yang tersinar ke Hakodate adalah sangat menarik, dan setiap tahun Krismas dan illumination akan diadakan. Berikut adalah beberapa tempat di mana anda boleh menikmati pemandangan indah yang unik pada musim sejuk.

Hakodate Krismas Fantasi di Kawasan Teluk

Dari haribulan 1 hingga 25 Disember, di kawasan teluk akan menganjurkan acara “Hakodate Christmas Fantasy” yang sangat popular. Pokok Krismas yang indah dan besar diletakkan di atas tongkang di teluk, dengan lebih daripada 50,000 lampu menyala setiap malam. Gudang bata merah retro yang seronok juga dinyalakan, dan bunga api dimainkan pada waktu malam. Dalam tempoh itu, banyak kedai sup berbaris di sini. Jom panaskan badan dengan sup yang anda beli di sini dan nikmati malam yang penuh dengan cahaya dan warna-warni. Ia pasti menjadi Krismas yang tidak dapat dilupai!

Selepas “Hakodate Christmas Fantasy” berakhir pun anda boleh menikmati pemandangan indah Gudang Bata Merah Kanemori yang diliputi salji. Banyak jalan dan bangunan dinyalakan dengan lampu dengan cantik sehingga bulan Februari. Illumination musim sejuk juga diadakan di Hachimanzaka dan Nijukenzaka, dan anda boleh menikmati pemandangan hebat yang berkilauan di teluk ini.

Illumination Goryokaku

Goryokaku berbentuk bintang adalah bahagian ikonik Hakodate dan salah satu pemandangan yang paling menakjubkan di bandar ini, terutamanya pada musim sejuk. Kawasan sekitar kubu dinyalakan setiap malam dari bulan Disember hingga bulan Februari, menyala dengan cahaya kuning yang tidak dilupai. Kontras cahaya dengan salji putih yang berkilauan adalah keindahan yang tidak dapat dilupakan.

Dari Menara Goryokaku yang bersebelahan, anda boleh menikmati illumination Goryokaku yang menakjubkan dari jam 17:00 ~ 20:00.

Mari kita lihat monyet berendam di mata air panas di Yunokawa Onsen

Satu lagi pemandangan musim sejuk yang jarang dijumpai dan terkenal adalah monyet di dalam mata air panas! Taman Botani Tropika Hakodate Yunokawa Onsen adalah rumah kepada kira-kira 100 “Nihonzaru” (monyet Jepun). Nihonzaru yang bersifat seperti manusia juga suka mata air panas, jadi mereka sering berendam di mata air panas pada musim sejuk. Jomlah rendam di mata air panas yang mengukus dan nikmati pemandangan monyet yang santai dan melegakan tekanan anda.

Yunokawa Onsen terletak kira-kira 30 minit dengan keretapi elektric dari Stesen Hakodate.

Jom nikmati pesona Hakodate pada setiap musim!

Seronok kan kita menikmati empat musim di Hakodate? Pemandangan malam bandar dari Dek Pemandangan Gunung Hakodate juga indah sepanjang tahun, dengan pemandangan bersalji pada musim sejuk dan cahaya jernih yang indah pada musim-musim lain.

Daya tarikan terbesar perjalanan ke Hakodate adalah pemandangannya yang indah, tetapi jangan lupa merasai rasa bermusim dan hidangan istimewa yang unik untuk musim itu. Hakodate adalah sebuah bandar yang meriah, jadi jangan ketinggalan perayaan apabila anda melawat! Silakan merasai suasana yang unik untuk bandar pelabuhan bersejarah sambil menikmati masa anda di Hakodate.