Keyword Search

Culture

Culture

Mari kita menemui pesona sejarah dan budaya di Hokkaido! Lima cara untuk mengalamai budaya Jepun dan menjadi kenangan baik.

Hokkaido mempunyai banyak budaya dan sejarah yang kaya dengan budaya Jepun, seperti budaya zaman Jomon dan budaya Ainu, daripada budaya menikmati pemandangan bunga sakura hingga upacara minum teh. Kali ini, kami akan memperkenalkan lima tempat yang anda boleh mengalami daya tarikan sejarah dan budaya tradisional Hakodate.

1. Jom ketahui tentang sejarah Jepun pada zaman Jomon dan merasai pesona warisan budaya di Hakodate.

Era Jomon dikatakan sebagai era Jepun yang bermula pada sekitar 14,000 SM sehingga sekitar 300 SM. Tamadun Jomon yang sudah berkembang dalam budaya rumit dan maju, terkenal dengan perkembangan “Seki” (barangan batu) atau “Doki” yang dicirikan dengan corak menolak tali.

Pengaruh tamadun Jomon menyebar ke seluruh Jepun, terutama di tempatan utara. Antaranya, Bandar Hakodate mempunyai dua tapak arkeologi Jomon yang terpenting di Jepun, satu ialah Kakinoshima Iseki dan satu lagi dipanggil Ofuna Iseki. Kedua -duanya didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan sebagai tempat-tempat yang penting di sejarah.

Tapak Arkeologi Kakinoshima adalah kampung orang Jomon dari 9000 hingga 3000 tahun dahulu, dan merupakan salah satu tapak arkeologi yang paling menarik di Jepun. Tapak arkeologi Ofuna adalah tapak arkeologi yang muncul kira -kira 4000 hingga 5500 tahun dahulu, dan berada di tempat kira -kira 10 minit dengan kereta dari tapak arkeologi Kakinoshima. Di tapak arkeologi ini, beberapa rumah dulu telah dijumpai.

Pusat Pertukaran Budaya Hakodate Jomon terletak betul-betul di sebelah runtuhan Kakinoshima, dan merupai tempat yang tersesuai untuk melihat dan belajar tentang Jomon Doki, dan memperdalamkan pemahaman anda tentang Era Jomon. Tempat ini memaparkan beberapa kraf Jomon yang menakjubkan, termasuk patung tanah liat berongga, barang penggalian terbesar Jepun yang terdapat di runtuhan dan satu-satunya khazanah negara di Hokkaido. Di samping itu, anda boleh merasai keindahan kraf Jomon, seperti Doki yang dicat dengan lakuer vermilion dan Doban (papan tanah) dengan tapak kaki kanak-kanak.

Di samping itu, anda boleh juga mengalami untuk buat perkara yang sama seperti semasa era Jomon di sini. Anda boleh menikmati kraf unik seperti membuat magatama atau loket magatama yang sesuai digunakan sebagai aksesori, “Angin Ami” (mengait angin) yang berwarna-warni dan dibuat menggunakan gentian tumbuhan dan teknik mengait tradisional.
* Perkhidmatan Pengalaman tembikar berhenti buat sementara waktu.

Pusat Pertukaran Budaya Hakodate Jomon:
https://www.hakodate.travel/en/sightseeing_spots/museum/hakodate-jomon-culture-center

2. Ketahui sejarah di sebalik kubu berbentuk bintang, yang dikenali sebagai simbol Goryokaku!

Selepas tempoh pengasingan kebangsaan yang panjang dari tahun 1603 hingga tahun 1868, Pelabuhan Hakodate merupakan salah satu pelabuhan terawal yang dibuka di Jepun. Pegawai berpangkat tinggi yang dihantar oleh Bakufu (kerajaan tentera) ke Hakodate untuk berunding dengan pegawai negara-negara asing, menjalankan urusan pentadbiran, dan juga menjalankan pertahanan jika diperlukan.

Goryokaku berbentuk bintang yang unik itu dibina semasa kira-kira 150 tahun lalu dalam gaya yang serupa dengan kubu Eropah pada masa itu untuk mencegah serangan senjata seperti meriam dan senjata api.

Di tengah-tengah kubu yang berbentuk bintang itu, bangunan “Hakodate Bugyosho” (Pejabat Majistret Hakodate) di mana majistret berpangkat tinggi pernah tinggal, telah dipulihkan. Bangunan ini dibina dalam gaya seni bina tradisional Jepun, di mana kerja kayu sangat rumit dan terdapat bilik tatami yang luas. Pelawat boleh melawat ke bahagian sini!

Kubu ini adalah tempat di mana Shogun Tokugawa, yang kekal berkuasa di Jepun selama lebih daripada 260 tahun dan terakhirnya beliau menyerahkan diri. Masa zaman Tokugawa, tentera Tokugawa berpusat di Goryokaku, tetapi selapas kekalahannya oleh kerajaan Meiji dalam Perang Hakodate pada tahun 1869, Jepun menghadapi era baru.

Di sini anda juga dapat mengagumi sejarah Jepun dan seni bina yang menakjubkan pada masa itu. Di samping itu, dek pemerhatian Menara Goryokaku, tempat di mana anda boleh menghadap ke kubu berbentuk bintang, telah menjadi salah satu tempat foto popular di mana ramai pelancong menikmati ambil gambar yang terindah di sini.

Taman Goryokaku: https://www.hakodate.travel/en/sightseeing_spots/views/goryokaku-park

Pejabat Majistret Hakodate: https://www.hakodate.travel/en/sightseeing_spots/views/hakodate-magistrates-office

3. Mari kita kenali budaya Ainu, orang asli Hokkaido!

Orang Ainu merupai orang asli di kepulauan utara negara Jepun, berpusat di Hokkaido dan juga dikenali sebagai peneroka pertama di Hokkaido. Orang Ainu mempunyai pakaian tradisional yang halus, muzik yang menajam dan tarian yang menarik, dan juga mempunyai teknik pembangunan bangunan dan bahasa mereka sendiri.

“Hakodateshi Hoppo Mizoku Shiryokan” (Muzium Bandar Hakodate Orang Utara) adalah tempat yang tersesuai untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai budaya Ainu. Di sini, anda boleh belajar tentang budaya dan sejarah Ainu sambil melihat kostum Ainu yang indah sertai keperluan harian mereka.

Anda boleh belajar tentang keindahan corak etnik Ainu melalui pengalaman papercraft, dan mengalami budaya Ainu dengan lebih mendalam dengan membuat dan bermain “kokin”(satu alat mainan muzik) yang juga dikenali sebagai “mukkuri”, sebagai alat tradisional yang memainkan bunyi yang unik.

Muzium Orang Utara Hakodate:
https://www.hakodate.travel/en/sightseeing_spots/views/hakodate-city-museum-of-northern-peoples

4. Mari kita menikmati rasa teh yang terkenal di Jepun!

Sado adalah budaya Jepun yang terkenal bukan sahaja di Jepun tetapi di seluruh dunia, di mana orang Jepun menghidangkan teh berkualiti tinggi kepada pelanggan. Sado juga merupakan budaya tradisional Jepun yang telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi, selama berabad-abad hampir tanpa perubahan.

Di Ochanokura, yang dikendali oleh Maruyamaen Enchaho, anda boleh mengalami Sado yang sahih. Dalam pengalaman upacara Sado ini, anda boleh belajar cara membancuh teh, menghidangkan teh kepada pelanggan, dan merasai teh matcha yang terkenal dengan kuih tradisional Jepun. Ia adalah pengalaman yang sangat disyorkan di mana anda dapat sentuh sisi tradisional Jepun.

Ochanokura (Maruyama Enchaho):
https://www.hakodate.travel/en/sightseeing_spots/activity/savoring-japanese-tea-maruyamaen-tea-store

5. Nikmati budaya Jepun yang terkenal dan nikmati melihat bunga sakura!

Jepun terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai bunga Sakura yang cantik. Semasa akhir April hingga pertengahan Mei, Hakodate penuh dengan pemandangan bunga Sakura yang berwarna merah jambu dan putih.

Melihat bunga Sakura merupai salah satu budaya tipikal Jepun, di mana mereka meraikan ketibaan musim bunga dengan bersantai dan menikmati hidangan atau minuman di bawah bunga sakura yang berwarna merah jambu atau warna putih.

Dua tempat yang disyorkan untuk anda menikmati bunga Sakura di Hakodate ialah Taman Goryokaku dan Taman Hakodate. Kedua-duanya dibarisi dengan pokok bunga Sakura yang cantik dan merupakan tempat menikmati pemandangan bunga Sakura yang popular dikunjungi oleh penduduk tempatan.

Kira-kira 1600 pokok Sakura ditanam di sepanjang parit yang berbentuk bintang, dan Menara Goryokaku di mana anda dapat nikmati melihat pemandangan, adalah tempat foto yang baik. Ia juga disyorkan untuk menikmati pemandangan bunga Sakura semasa mendayung bot.

Pemandangan bunga Sakura disyorkan bukan sahaja pada siang hari, tetapi juga untuk menikmati bunga Sakura pada waktu malam(Yozakura), di mana pemandangan seolah-olah di dunia lain. Perbezaan antara bunga sakura putih dan pencahayaan di langit malam gelap benar-benar menakjubkan.

Marilah kita mengalami budaya dan tradisi Jepun di Hakodate!

Hakodate adalah tempat yang anda boleh mengalami pelbagai budaya dan sejarah, dan merupakan sebuah bandar yang menarik pengunjung. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui tentang budaya Ainu atau mengalami Sado di Jepun, perjalanan ke Hakodate pasti menjadi ingatan anda yang dikenangi.