Keyword Search

Activity

Activity

Jom menemui keindahan Hakodate dengan lapan aktiviti berikut! Lapan cara yang disyorkan untuk mengalami budaya Jepun

Hakodate terkenal dengan makanannya yang lazat, mata air panas yang terbaik, pemandangan yang menakjubkan, dan aktiviti-aktiviti yang seronok! Berikut adalah lapan perkara yang tersyor untuk dialami semasa melawat ke bandar bersejarah yang menarik ini.

1. Nikmati pemandangan malam yang indah dari Gunung Hakodate

Gunung Hakodate adalah salah satu tempat yang mempunyai pemandangan malam terbaik di Jepun. Apabila anda memandang dari dek pemandangan yang setinggi 334 meter, anda akan terpesona dengan lampu bandar yang cantik di Hakodate. Ia telah dianugerahkan markah tertinggi sebanyak tiga bintang oleh Michelin Green Guide Jepun dan pemandangan malam nombor satu di Jepun oleh TripAdvisor.

Dek Pemandangan ini mudah diakses dengan menaiki kereta kabel. Ia hanya mengambil masa kira-kira 3 minit dari stesen di kaki gunung untuk sampai ke puncak atas.

Kereta kabel sangat ramai penumpang dan akan sesak pada matahari terbenam. Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan kereta kabel akan berhenti sekiranya angin kencang kuat. Suhu juga akan jatuh ketaranya pada waktu malam walaupun anda melawat semasa bulan-bulan yang lebih panas, jadi adalah lebih baik untuk membawa benda untuk tolong anda menahan kesejukan ke puncak atas.

2. Melihat "Unkai" (laut awan) yang indah pada musim panas

Semasa musim panas, kadang-kadang laut awan yang sangat besar akan termuncul di Gunung Hakodate, di mana anda dapat melihat pemandangan menakjubkan seperti satu tudung putih besar menyelubungi seluruh bumi. Ini disebabkan kabus yang terbentuk di atas laut, yang sering berlaku pada awal pagi.

Ia lebih cenderung berlaku apabila suhu malam adalah 10 ° C atau lebih rendah terutamannya waktu pagi, dan masa terbaik untuk melihatnya adalah dari bulan Jun hingga Ogos.

Ia kadang-kadang termuncul di langit atas Bandar Hakodate dan boleh dilihat dari Gunung Hakodate. Ia berlaku lebih kerap di Kijihiki Highland, yang berada kira-kira 15 minit memandu kereta dari Stesen Shin-Hakodate Hokuto.

3. Luangkan masa yang santai di mata air panas semulajadi

“Hokkaido sangat terkenal dengan banyak mata air panas semulajadi. Antaranya, Yunokawa Onsen di Hakodate sangat popular. Di kawasan Yunokawa Onsen yang terletak dekat dengan laut, terdapat banyak rumah tumpangan mata air panas yang tersembunyi di mana pelancong dapat mandi sambil menikmati pandangan laut. Dari musim panas hingga musim luruh, anda dapat menikmati lampu “Isaribi” dari bot nelayan yang datang ke memancing sotong, yang juga merupakan keistimewaan Hakodate, bersinar dengan cantik dan menakjubkan.

Di kawasan Yunokawa Onsen, terdapat banyak hotel dan ryokan yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik, pengalaman mandi yang menyegarkan kulit, dan menawarkan makanan yang lazat serta meningkati selera.
Antaranya, Chikuba Shinyotei, Kappo Ryokan Wakamatsu, dan Bouro Noguchi Hakodate adalah penginapan yang disyorkan dengan mata air panas dan masakan Jepun yang elegan.

Jika anda ingin mengalami mata air panas, anda boleh cuba Ashiyu (mandi kaki). Ashiyu adalah mata air panas untuk memanaskan kaki anda. Apabila anda menanggalkan kasut dan stoking anda dan letakkan kaki letih dalam air panas, anda akan rasa diselubungi kehangatan yang menyenangkan dan melegakan keletihan. Di hadapan stesen keretapi elektrik “Stesen Yunokawa Onsen”, terdapat banyak ashiyu percuma. Di sana, anda boleh menikmati keretapi elektrik berjalan sambil tenggelamkan kaki dalam suasana santai.

Yunokawa Onsen berada 5 minit menaiki kereta dari Lapangan Terbang Hakodate dan mempunyai akses yang senang! Anda juga boleh pergi ke sana dengan keretapi elektrik dari Stesen Hakodate.

Terdapat resort mata air panas indah yang lain di Hakodate, seperti Yachigashira Onsen dan Mizunashira Onsen, di mana anda boleh menikmati mata air panas di laut!

4. Marilah melihat monyet sambil berendam dalam mata air panas!

Di Taman Botani Tropika Bandar Hakodate di kawasan Yunokawa Onsen terdapat kira-kira 100 “nihonzaru” (dikenali sebagai monyet salji).

Walaupun monyet boleh dilihat sepanjang tahun, tetapi pemandangan di mana mereka mandi di mata air panas semasa musim sejuk sangat popular di kalangan pelancong. Dari awal Disember sampai awal Mei, monyet-monyet akan memanaskan diri mereka di mata air panas.

Pemandangan monyet yang sedang menikmati mata air panas seperti manusia di sini adalah salah satu keistimewaan Hakodate!

5. Berjalan-jalan di sekitar bandar dengan pakaian Kimono.

Untuk menikmati bangunan bersejarah Hakodate, adalah disyorkan untuk berjalan-jalan dengan pakaian kimono! Pakaian Kimono atau pakaian tradisional Jepun yang lain adalah terkenal di dunia kerana keindahannya. Anda boleh menyewa pakaian kimono dengan senang di Hakodate.

Terdapat perkhidmatan sewa kimono di tingkat dua pusat membeli-belah “Hakodate Meijikan” yang berada di bangunan bersejarah ini. Dari kimono klasik dan hakama, sehingga kostum ninja, kakitangan akan membantu anda untuk memilih dan memakai pakaian yang anda suka. Ia adalah bangunan bata merah yang mengagumkan dan dibina pada tahun 1911, dan ia pernah digunakan sebagai Pejabat Pos Hakodate.
Kawasan teluk di mana pusat membeli-belah ini terletak dipenuhi dengan bangunan bata merah retro (Di sini terdapat banyak cenderahati yang hanya boleh dibeli di Hakodate) dan tempat yang menarik dengan pemandangan panorama pelabuhan, yang menjadikannya tempat yang tersesuai untuk berjalan-jalan!

Ia hanya berjarak 5 minit perjalanan dengan keretapi elektrik dari Stesen Hakodate dan 5 minit berjalan kaki dari Stesen Jujigai ke pusat membeli-belah Hakodate Meijikan.

Satu lagi cadangan adalah memakai pakaian tradisional dan berjalan-jalan di sekitar “Kyu Hakodateku Kokaido”. Bangunan bersejarah yang indah ini adalah monumen budaya yang penting dan benar-benar mengagumkan dalam seni bina luaran dan dalaman yang manakjudkan.

Selain tu, terdapat juga dewan pakaian di muzium, dan pelbagai kursus boleh didapati di mana anda boleh menyewa pakaian Jepun dan Eropah semasa era Meiji (1868-1912). Ini tentu menjadi pengalaman anda yang tidak dapat dilupakan apabila anda berjalan melalui koridor yang luas, bilik-bilik dengan candelier bersinar, dan bilik sajian yang besar dengan memakai pakaian tradisional Jepun. Anda akan berasa seolah-olah anda telah mengembara kembali ke masa zaman dahulu.

“Kyu Hakodateku Kokaido” terletak 8 minit dengan menaiki keretapi elektrik dari Stesen Hakodate dan 7 minit berjalan kaki dari Stesen Suehirocho. Bayaran kemasukan adalah 300 yen untuk dewasa dan 150 yen untuk pelajar dan kanak-kanak. Bayaran sewa kostum berbeza-beza bergantung kepada kursus, dan biasanya adalah antara 1,200 yen dan 2,400 yen bagi setiap orang.

6. Terokai Hakodate dengan kereta jalanan

Di Hakodate, anda boleh menggunakan keretapi elektrik yang retro untuk berjalan-jalan di jalan bersejarah. Di antaranya terdapat keretapi elektrik yang berwarna-warni dan “Hakodate Haikara Go”, yang berusia 100 tahun tetapi masih siap dipulihkan untuk servis.

Ia berhenti di Motomachi, Bay Area, Goryokaku, Yunokawa Onsen dan tempat-tempat bersiar-siar lain yang terwakil di Hakodate.

Motomachi mempunyai bangunan yang hebat, termasuk Kyu Kokaido. Sebaliknya, Goryokaku mempunyai kubu yang berbentuk bintang, yang merupai simbol Hakodate!

Jomlah naik keretapi elektrik dan kembali ke masa dahulu serta nikmati pemandangan bandar bersejarah dengan banyak tarikan menarik.

7. Ambil gambar yang tercantik

Hakodate adalah salah satu bandar yang paling fotogenik di Jepun dan di sini terdapat banyak tempat yang anda boleh mengambil gambar yang cantik sekali!

Salah satu tempat foto yang paling popular di Hakodate adalah Gunung Hakodate, di mana anda dapat melihat pemandangan malam yang indah dari Gunung atas. Ramai orang yang mengambil gambar simbolik Hakodate di sini, di mana cahaya bersinar dalam kegelapan dengan cantik dan menakjubkan.

Di samping itu, anda juga boleh melihat Goryokaku yang berbentuk bintang dari dek pemerhatian di Menara Goryokaku yang setinggi 107 meter. Anda boleh melihat pemandangan yang indah dan berbeza pada setiap empat musim, seperti bunga sakura pada musim bunga, hijau segar pada musim panas, momiji pada musim luruh, dan salji pada musim sejuk.

“Pemandangan dari Hachimanzaka” juga merupakan tempat foto yang popular! Dari cerun yang dibarisi pokok yang terbentang ke arah laut, anda dapat melihat pemandangan pelabuhan yang terindah! Anda boleh berjalan kaki ke sini dari Stesen Suehirocho. Sekiranya anda ingin mengambil gambar sebelum orang ramai melawat ke sini, kami mengesyorkannya anda datang sini sebelum jam 10 pagi!

Keseluruhan Hakodate mempunyai banyak bangunan bersejarah, dan seluruh bandar ini adalah tempat yang fotogenik. Antaranya, jika anda ingin mengambil gambar yang mempunyai suasana siang hari, kami mengesyorkan daerah Motomachi dan kawasan teluk. Kawasan teluk mempunyai suasana retro dengan bangunan bata merah dan pelabuhan, dan Motomachi adalah kawasan di mana terdapat banyak bangunan bersejarah kekal!

8. Nikmati aktiviti-aktiviti di tempat bersalji!

Hakodate pada musim sejuk adalah sangat menarik kerana anda boleh menikmati pelbagai aktiviti musim sejuk. Kebanyakan aktiviti musim sejuk boleh dinikmati dari bulan Disember hingga bulan Mac.

Pada musim ini, anda boleh bermain banyak aktiviti luar sama ada bermain ski, kereta salji, trekking salji, atau memancing atas ais.

Taman Negara Onuma adalah tempat yang sangat indah untuk dikunjungi pada musim sejuk dan ia terletak hanya 30 minit dengan keretapi ekspres dari Bandar Hakodate. Taman Negara Onuma sangat menarikkan kerana ia mempunyai pemandangan semula jadi yang indah dan banyak aktiviti musim sejuk. Hakodate Nanae Snow Park adalah resort yang bagus untuk bermain ski dan papan salji. Dari bulan Januari hingga bulan Mac, selain daripada memancing lebur, anda juga boleh menggerudi lubang di tasik beku untuk menangkap ikan, dan terdapat banyak tempat di mana anda boleh mencuba trekking salji. Pastikan anda membawa pakaian dan alatan tahan sejuk seperti kasut salji, kot musim sejuk dan sarung tangan!

Di Hakodate, anda juga boleh menikmati pemandangan musim sejuk yang indah kerana taman-taman dan bangunan-bangunan bersejarah akan diliputi dengan salji. Salji yang biasanya berturun sejak sekitar bulan November mengubahkan bandar Hakodate ke dunia musim sejuk yang menakjubkan. Jomlah bermain di taman yang dilitupi salji ataupun membina patung salji anda sendiri dan menikmati perasaan yang kembali ke zaman kanak-kanak anda!

Selain itu, anda juga boleh menikmati banyak lampu Krismas jikalau anda mengunjungi Hakodate pada musim ini.

Walau bagaimanapun, pastikan anda menyediakan semua langkah dan benda untuk menahan kesejukan. Dari bulan Disember hingga Mac, suhu purata di sini boleh mencapai 0-2 ° C, jadi anda memang perlu bersedia dengan elok. Kot musim sejuk, kasut salji, sarung tangan, skaf, topi dan barang lain untuk membantu anda menikmati penginapan musim sejuk anda dengan selesa.

Marilah kita membuat kenangan yang tidak dapat dilupakan di bandar bersejarah di Hokkaido ini!

Hakodate indah dalam keempat-empat musim, dan pemandangan bandar dengan suasana bersejarah juga sangat menarik. Hakodate benar-benar unik dan memberi pengunjung kenangan yang tidak dapat dilupai seumur hidup! Sila nikmati mata air panas yang bagus sekali dan pemandangan malam yang indah di Hakodate.