Summer
Musim panas Hakodate (Jun ~ Ogos)
Musim panas di Hakodate selesa kerana kelembapannya rendah dan suhu maksimum pada siang hari jarang melebihi daripada 26°C. Perayaan dan acara luar seperti Festival Pelabuhan Hakodate dan Festival Seni Rakyat Antarabangsa Hakodate juga diadakan di sini. Anda boleh menikmati sepenuhnya budaya antarabangsa Hakodate, yang berkembang sebagai bandar pelabuhan pada masa dahulu.
Cuaca dan pakaian
Iklim musim panas di Hakodate adalah sekitar 20 ° C pada siang hari. Pada waktu lewat petang, ia menjadi lebih sejuk sekitar 15°C, jadi adalah terbaik untuk anda memakai pakaidan berlengan panjang dan membawa jaket ringan pada waktu pagi dan malam.
Purata suhu (℃)
purata | maksimum | minimum | |
---|---|---|---|
June | 6.2 | 20.4 | 12.6 |
Julai | 20.3 | 24.1 | 17.3 |
Ogos | 22.1 | 25.9 | 18.9 |
Pemandangan malam Hakodate pada musim panas
Musim panas di Hakodate adalah musim yang disyorkan kerana anda boleh menikmati pemandangan malam yang terindah dari Gunung Hakodate dengan selesa. Sila bawa jaket anda sekali kerana dek pandangan berangin kuat dan sejuk. Pada lewat petang, tudung kabus sekali-sekala menyelubungi seluruh bandar, mewujudkan suasana misteri di bandar ini. Anda juga boleh melihat Ikaribi yang merupakan ciri malam musim panas di Jepun.
Masa yang disyorkan untuk pemandangan waktu malam
(Ketika matahari terbenam pada awal setiap bulan)
Jun | 19:06 |
---|---|
Julai | 19:17 |
Ogos | 18:56 |
Tarikan Musim
Di “Hakodate Shimin no Mori” (Hutan Rakyat Hakodate), anda boleh melihat hidrangea berwarna-warni yang mekar penuh dari pertengahan Jun hingga pertengahan September. Berdekatan dengan sini terdapat biara wanita pertama di Jepun, “Our Lady of the Angels Trappistine Abbey of the Order of Cistercians of the Strict Observance”. Silalah datang melawati tempat ini.
Di samping itu, anda boleh menikmati taman mawar yang cantik di bekas Konsulat British di Bandar Hakodate dari pertengahan bulan Jun hingga pertengahan bulan Julai. Setiap tahun pada masa ini, beribu-ribu bunga mawar menghiasi taman dengan tercantik sekali.
Pada waktu lewat petang, anda boleh melihat lampu-lampu bot nelayan di Selat Tsugaru di Cape Tatemachi dan Balai Cerap Hakodateyama. Cahaya ini, yang dipanggil “Ikaribi” (api memancing), adalah cahaya bot yang keluar ke laut untuk menangkap sotong. Sotong-sotong akan tertarik dengan lampu dan naik ke arah permukaan air. Cahaya yang bersinar di laut gelap sangat menakjubkan.
Makanan dan bahan-bahan gourmet yang disyorkan
Sotong adalah makanan laut yang terkenal di Hakodate, dan juga adalah makanan yang bermusim pada musim panas. Sila nikmati sotong yang lazat sekali di Pasar Pagi Hakodate, sebuah pasar makanan laut yang terkenal di kawasan ini. Di samping itu, mari kita menikmati makanan gourmet Hakodate seperti tembikai, jagung, dan kentang yang hanya boleh dinikmati pada musim panas.
- Tembikai
- Jagung
- Kentang
- Sotong
- Tuna
- Landak laut
Acara Musim Panas
Pada awal Ogos, acara musim panas yang terbesar di Pelabuhan Hakodate, Festival Pelabuhan Hakodate akan diadakan selama empat hari.
Satu lagi acara yang tidak boleh dilepaskan adalah Festival Seni Rakyat Antarabangsa Hakodate, yang biasanya diadakan di Taman Motomachi pada awal Ogos selama tiga hari. Selain persembahan muzik dan tarian oleh artis dari seluruh dunia, terdapat juga gerai-gerai makan di mana anda boleh merasai masakan antarabangsa.
Selain itu, Festival Bunga Api Yunokawa Onsen merupakan simbol untuk mengakhirkan musim panas di Hakodate, juga salah satu acara yang mesti disertai. Anda tidak boleh ketinggalan pemandangan hebat bunga api yang dilancarkan di luar pesisir yang terpancar di laut dan dicipta oleh cahaya. Ia biasanya diadakan sekitar 10 Ogostiap-tiap tahun.