Keyword Search

Hakodate pada musim bunga

Spring

Hakodate pada musim bunga (Mac~Mei)

Pada bulan Mac, salji yang terkumpul di bandar Hakodate akan mula mencair, dan masa inilah Hakodate mengalui musim bunga. Masa terbaik untuk melihat bunga sakura adalah dari akhir bulan April hingga pertengahan bulan Mei. Di Taman Hakodate dan Taman Goryokaku, anda boleh menikmati kuih-muih bermusim yang jarang dijumpai, sambil melihat bunga sakura. Pada bulan Mei, Eyama akan dilitupi dengan azaleas yang mekar penuh. Bunga-bunga yang mekar dengan pemandangan laut sebagai pandangan belakangnya adalah sangat cantik!

Cuaca dan pakaian pada musim bunga

Pada bulan Mac-April, suhu minimum di sini sering jatuh di bawah 0℃. Pastikan anda memakai pakaian berlengan panjang dan pakaian luar yang bertahan kesejukan. Pada waktu pagi dan petang, baju sejuk dan kot bulu adalah satu kemestian.

Purata suhu (℃)

purata maksimum minimum
Mac 1.9 5.8 -2.2
April 7.3 12.0 2.8
Mei 12.3 17.0 8.0

Pemandangan malam Hakodate pada musim bunga

Langit pada musim bunga sering cerah, jadi pemandangan malam bandar pun kelihatan sangat cantik. Pada waktu malam, gunung Hakodate akan menjadi lagi sejuk daripada ini, jadi mestilah pakai jaket tebal.

Waktu yang terbaik untuk mengambil gambar pemandangan malam adalah pada waktu senja. Pada bulan Mac, waktu terbaik adalah sekitar 17:28, pada bulan April adalah sekitar 18:03, dan pada bulan Mei adalah sekitar 18:36.

Masa yang disyorkan untuk pemandangan waktu malam
(Ketika matahari terbenam pada awal setiap bulan)

Mac 17:28
April 18:03
Mei 18:36

Tarikan musim

Dari akhir April ~ pertengahan Mei, anda boleh menikmati pelbagai bunga musim bunga selain daripada bunga sakura. Pada bulan April di Taman Negara Onuma, bunga Mizubasho putih yang indah mekar di seluruh tempat.

Di Eyama, azaleas akan bertukar ke warna merah yang cerah dan melitupi seluruh Eyama dan akan dikunjungi oleh ramai pelancong setiap tahun. Azalea mekar dari pertengahan Mei hingga pertengahan Jun.

Juga, pada akhir bulan Mei, anda boleh melihat wisteria yang cantik di Taman Goryokaku. Bunga wisteria, yang bertumbuh dan berbentuk seperti langsir ungu, adalah pemandangan menarik yang unik di Jepun.

Makanan dan bahan-bahan gourmet yang disyorkan

Untuk Hakodate Gourmet, anda tidak boleh tertinggal dengan sayur-sayuran bermusim seperti asparagus dan hidangan makanan laut. Udang, hokke, dan ketam berbulu adalah keistimewaan di Hakodate.

  • Asparagus
  • Udang
  • Ketam Kegani
  • Kekapis
  • Landak laut
  • Ikan kembung Atka