Keyword Search

Hakodate pada musim luruh

Autumn

Hakodate pada musim luruh (September ~ November)

Pada musim luruh di Hakodate, pasti anda akan terpesona dengan pemandangan yang tercantik dan tidak dapat melepaskan kamera dari tangan anda. Di sekitar pertengahan Oktober, anda boleh melihat pergabungan warna merah dan kuning terang daun musim luruh. Tempat terbaik untuk dilawati pada masa ini adalah “Kosetsuen” dan “Onuma National Park”.

Cuaca dan pakaian

Pada bulan September, suhu siang hari boleh melebihi 20°C, tetapi ia akan menjadi sangat sejuk di malam. Dari Oktober dan seterusnya, suhu sering jatuh ke bawah 10°C pada waktu petang, jadi pastikan anda memakai jaket. Pada bulan November, sarung tangan dan topi pun jadi kemestian untuk menahan kesejukan. Pada waktu malam, suhu akan berada di sekitar 0°C, jadi pastikan anda menyediakan barangan untuk memanaskan badan semasa berada di sini.

Purata suhu (℃)

purata maksimum minimum
September 18.8 23.2 14.6
Oktober 12.5 17.1 7.8
November 6.0 10.0 1.8

Pemandangan malam Hakodate pada musim luruh

Cuaca adalah lebih stabil dan udara jelas pada musim luruh, jadi anda boleh menikmati pemandangan malam sepenuhnya dari Dek pemandangan Hakodateyama. Lampu di bandar akan kelihatan lebih jelas berbanging dengan musim lain. Suhu di puncak selepas matahari terbenam adalah sangat rendah, jadi jomlah pakai pakaian yang memanaskan badan. Suhu yang anda merasai adalah sejuk seperti dalam musim sejuk.

Masa yang disyorkan untuk pemandangan waktu malam
(Ketika matahari terbenam pada awal setiap bulan)

September 18:11
Oktober 17:20
November 16:32

Tarikan bermusim

Daun musim luruh yang terang dan cantik di Kosetsuen adalah satu kemestian yang anda perlu mengunjungi! Adalah disyorkan untuk melawat sini apabila ia mekar sepenuhnya dari akhir Oktober ~ November. Bangunan-bangunan yang elegan di taman memang meningkatkan keindahan landskap semula jadi keseluruhannya.

Di samping itu, Hakodate Park” dan “Onuma National Park” juga terkenal dengan daun musim luruh di Hakodate.

Makanan dan bahan-bahan gourmet yang disyorkan

Musim luruh di Jepun adalah musim menuai, jadi marilah kita nikmati perisa bermusim di Hakodate, seperti beras baru dan ubi kentang yang berperisa musim.

Dari segi makanan laut, salmon, tuna, landak laut, dan sotong adalah makanan laut yang bermusim. Marilah rasai hidangan yang dibuat dengan makanan laut segar di Pasar Pagi Hakodate.

  • Nasi baharu
  • Kentang
  • Salmon
  • Sotong
  • Tuna
  • Landak laut

Acara semasa Musim Luruh

Hakodate MOMI-G Festa, yang diadakan di Kosetsuen dari akhir Oktober hingga awal November, adalah acara musim luruh yang paling disukai di bandar. Pada waktu malam, daun musim luruh dinyalakan dengan cahaya lampu dan anda dapat melihat pemandangan yang sangat indah!

Jangan tertinggal untuk mengunjungi “Hakodate Gourmet Circus” yang diadakan selama dua hari di Hakodate Green Plaza pada awal September! Sambil menikmati muzik dan persembahan pentas, anda boleh merasai pelbagai makanan gourmet dari Hakodate dan juga dari seluruh dunia.