Keyword Search

Photogenic

Photogenic

Hakodate, yang terdapat harta karun pemandangan yang indah, adalah bandar yang menarik bagi mereka yang suka fotografi. Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan kursus lawatan yang disyorkan untuk melawat tempat-tempat fotografi di Hakodate. Selain itu, anda boleh menambahkan tempat-tempat fotografi lain seperti tempat yang mempunyai pemandangan bermusim yang unik dengan Sakura dan daun musim luruh ke dalam kursus lawatan ini untuk menjadikannya kursusan lawatan asal anda sendiri dan menikmatinya.

Jom nikmati perjalanan fotografi di Hakodate! Kunjungan sehari ke tempat-tempat fotogenik.

9:00 - 10:00 Mari kita ambil gambar pemandangan bandar dari pelabuhan!

Ambil gambar dari pelabuhan adalah cara terbaik untuk mengambil gambar yang mempunyai ciri-ciri bandar pelabuhan Hakodate. Dari muzium kapal (Hakodateshi Seikan Renrakusen Kinenkan Masyumaru), anda boleh mengambil gambar pemandangan bandar Hakodate yang indah dari arahan dek. Kalau anda melawat pada waktu pagi, anda juga dapat mengambil gambar yang indah yang disinari dengan cahaya matahari pagi.

Kapal ini sebenarnya beroperasi sebagai feri antara Hakodate dan Honshu sehingga tahun 1988, dan kini merupakan salah satu muzium dan tempat bersiar-siar di Hakodate. Ia berjarak hanya 5 minit berjalan kaki dari Stesen Hakodate. Bayaran masuk ke sini adalah 500 yen.

10 minit berjalan kaki

10:00 - 11:00 Marilah berjalan-jalan di kawasan pelabuhan di mana terdapat gudang bata merah!

Masa yang paling indah untuk melihat perbezaan antara warna merah dan warna biru laut di tempat membeli-belah “Kanemori Akarenga Soko”(Gudang Bata Merah Kanemori) di Pelabuhan Hakodate adalah sebelum tengah hari. Marilah kita nikmati berjalan-jalan santai di sekitar kawasan ini sambil mengambil gambar pemandangan yang unik dan hanya boleh dilihat di bandar pelabuhan Hakodate, .

Terdapat juga galeri, kedai cenderamata, kedai pastri dan kafe di sini. Jadi anda juga boleh bersenang-senang di sekitar kawasan ini.

5 minit berjalan kaki

11:00 - 12:00 Marilah makan ramen Hakodate yang fotogenik di "Ajisai"!

“Hakodate Ramen” adalah Gourmet tempatan Hakodate dengan rasa masin yang unik tetapi rasa menyegari dengan sup yang jelas. Kedai-kedai ramen ini yang disyorkan adalah kedai “Ajisai” yang mempunyai 4 kedai di dalam bandar. Kedai utamanya terletak berhampiran Menara Goryokaku, dan “Ajisai” juga mempunyai satu kedai yang terletak dengan jarak 2 minit berjalan kaki dari Gudang Bata Merah Kanemori.

Kedai ini dibuka pada pukul 11, tetapi adalah disyorkan supaya pergi lebih awal kerana ia adalah restoran yang popular dengan barisan panjang. Semasa mengambil gambar, pastikan anda mengambil dari arah di mana cahaya matahari (atau cahaya elektrik) bersinar di bahagian belakang mangkuk ramen. Dengan itu anda boleh mengambil gambar dengan kecerahan semula jadi yang seimbang dengan warnanya.

2 minit berjalan kaki

12:00 - 13:00 Sewa pakaian kimono untuk ambil gambar yang fotogenik!

Adakah anda rasa ingin untuk memakai pakaian kimono dan mengambil gambar fotogenik? Pemandangan bandar Hakodate yang penuh dengan suasana sejarah memang tersesuai untuk fotografi dengan tema Jepun.

Sekiranya anda ingin menyewa pakaian kimono, kami mengesyorkan kedai di tingkat 2 tempat membeli-belah “Hakodate Meijikan”. Terdapat pelbagai jenis pakaian kimono dan hakama di kedai, dan kakitangan kedai akan membantu anda memilih kimono dan memakainya.

Anda boleh menaiki keretapi elektrik dari stesen Hakodate, turun di stesen Jyujigai dan jalan kaki 5 minit ke Hakodate Meijikan.

10 minit berjalan kaki

13:00 - 15:00 Marilah kita pakai kimono dan berjalan-jalan di Taman Motomachi, yang kaya dengan sejarah!

“Motomachi Park” adalah tempat yang penuh dengan bangunan bersejarah yang indah. Terdapat banyak tarikan seperti kuil Buddha “Higashi Honganji”, bangunan gaya Barat “Dewan Awam Hakodate Lama” yang ditetapkan sebagai harta budaya penting negara, “Gereja Motomachi Katolik” dengan seni bina Gothic yang indah, “Gereja Ortodoks Hakodate” yang terkenal dengan bunyi loceng yang bagus, dan cerun di mana anda boleh menghadap dan menikmati pemandangan bandar.

Jika anda berjalan-jalan di kawasan ini pada awal petang, anda juga dapat mengambil gambar-gambar yang indah di bawah cahaya matahari yang lembut dan menyelubungi persekitaran kawasan ini.

2 minit berjalan kaki

15:00 - 16:00 Marilah kita meluangkan masa minum teh yang elegan di "Victoria Rose"!

“Bekas Tempat Konsulat British” digunakan sebagai tempat konsulat sehingga tahun 1934, dan kini telah dibuka kepada orang luar. Ia mempunyai satu bilik teh “Victoria Rose”. Bilik teh ini popular dengan suasana klasik dan tenang, di mana anda boleh menikmati masa rehat sambil makan snek. Menunya termasuk teh, kopi dan kuih-muih yang dihidangkan dalam pinggan mangkuk elegan yang fotogenik.

“Bekas Tempat Konsulat British” juga terkenal dengan taman mawar yang indah yang dapat dinikmati dari bilik teh. Dari musim panas sehingga ke musim luruh, anda boleh menikmati pemandangan beribu-ribu bunga yang indah yang mencantikkan seluruh taman.

10 minit berjalan kaki

16:00 - 17:30 Kembalikan pakaian kimono anda dan meneruskan perjalanan Gunung Hakodate!

Jika anda menyewa pakaian kimono, jangan lupa untuk kembalikannya ke kedai pada jam 17:00, kerana ia mengambil masa kira-kira 15 ~ 20 minit untuk menukar pakaian.

Selepas itu, pergi ke dek pemerhatian Gunung Hakodate dan nikmati pemandangan bandar pada waktu senja. Anda boleh akses ke dek pemandangan dengan bas atau kereta kabel.

12 minit berjalan kaki, 3 minit menaiki kereta kabel

17:45 - 19:00 Mari kita nikmati pemandangan malam Hakodate!

Pemandangan bandar dari Gunung Hakodate adalah penting dalam perjalanan fotogenik ini. Masa matahari terbenam dengan langit yang masih biru tetapi tidak benar-benar gelap adalah masa terbaik untuk mengambil gambar pemandangan bandar. Dari bulan Mei hingga Ogos, matahari terbenam adalah selepas jam 17:00, tetapi pada musim sejuk matahari turun lebih awal. Jadi, silalah sesuaikan jadual perjalanan anda dengan sewajarnya.

Juga, kalau anda ingin mengambil gambar pemandangan bandar di luar dek pemandangan, pastikan anda memakai pakaian yang mamanaskan badan, terutamanya pada musim luruh, musim sejuk, dan awal musim bunga.

Marilah kita ambil gambar keindahan Hakodate!

Di Hakodate yang terdapat alam semula jadi yang indah dan pemandangan bandar yang menarik, sila nikmati perjalanan fotografi yang fotogenik. Jangan lupa untuk menyemak tarikan bermusim!