Sekiranya anda tidak cuba yang ini, anda tidak boleh kata bahawa anda sudah pernah mengunjung ke Hakodate! Jom berjalan-jalan seronoknya dengan menaiki trem!
isi kandungan
- Peta Laluan Trem Hakodate
- Jomlah bertolak ke Hakodate dengan trem dari mata air panas "Yunokawa Onsen" yang berada terdekat dengan lapangan terbang!
- Turun di "Goryokaku Ko'en-mae" dan menikmati pemandangan empat musim yang menakjubkan dari Menara Goryokaku
- Turun di "Stesen Hakodate" dan menikmati makanan laut Hokkaido di Pasar Pagi Hakodate
- Pemandangan tipikal Hakodate! Marilah bertolak dari "Jujigai" ke Gudang Bata Merah Kanamori
- Marilah menikmati pemandangan indah Tanjung Tachimachi dari stesen akhir di "Yachigashira"!
- Jom nikmati bersiar-siar di Hakodate dengan mudah dengan Trem!
Peta Laluan Trem Hakodate
Tempat-tempat yang diperkenalkan dalam artikel ini ditandakan di bahagian atas peta laluan. (Sila besarkan peta laluan)
Jomlah bertolak ke Hakodate dengan trem dari mata air panas "Yunokawa Onsen" yang berada terdekat dengan lapangan terbang!
Apabila anda melancong ke Jepun, tentu anda ingin mengunjungi ke bandar mata air panas yang terkenal, kan? Semasa anda merendam di dalam mata air panas, anda akan merasai penyembuhan badan dan minda anda.
Wakil Hakodate resort mata air panas adalah Yunokawa Onsen, yang juga merupai salah satu daripada tiga bandar mata air panas yang terutama di Hokkaido. Kawasan Yunokawa Onsen terletak hanya 5 minit memandu dari Lapangan Terbang Hakodate, dan Perhentian Keretapi Elektrik Yunokawa Onsen terletak hanya kira-kira 10 minit dengan menaiki kereta, menjadikannya mata air panas yang terdekat dengan lapangan terbang di Jepun.
Tidak kira anda mengunjung ke Hakodate dengan sama ada penerbangan terus atau penerbangan domestik, adalah sangat mudah untuk mengunjung dan menghabiskan malam pertama di sini dan kemudian mengambil trem dari perhentian terdekat “”Yunokawa”” atau “”Yunokawa Onsen”” pada keesokan hari untuk melawat ke bandar Hakodate.
Jika anda bermalam di ryokan yang telah lama bertapak di Yunokawa Onsen, anda boleh menikmati suasana tradisional Jepun. Anda juga boleh berehat di hotel kontemporari yang bergaya dengan pemandangan laut yang menakjubkan.
Terdapat penginapan dan hotel di Yunokawa Onsen yang menawarkan pelan mandi yang tanpa bermalam, jadi anda boleh berendam dengan mudah di mata air panas dan menghabiskan masa berehat-rehat yang terseronok sekali.
Turun di "Goryokaku Ko'en-mae" dan menikmati pemandangan empat musim yang menakjubkan dari Menara Goryokaku
Goryokaku, tapak bersejarah yang istimewa di Jepun, adalah tempat melancong yang mesti dikunjungi di Hakodate. Di sini, anda boleh menikmati istana berbentuk bintang yang unik yang mewakili Hakodate dan pemandangan menakjubkan untuk empat musim.
Goryokaku Park terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hentian “”Goryokaku Koen-mae””. Sebaik sahaja anda mendekati taman ini, anda akan dapat lihat menara tinggi putih “”Menara Goryokaku””.
Dari dek pemerhatian dengan ketinggian keseluruhan 107 meter, anda boleh menikmati pemandangan panorama Hakodate. Anda boleh melihat istana ikonik berbentuk bintang Goryokaku, serta Gunung Hakodate dan Selat Tsugaru. Anda juga boleh menyembuhkan minda dengan menikmati pemandangan Taman Goryokaku, yang berubah-ubah mengikut musim.
Goryokaku adalah tempat peristiwa bersejarah di Jepun dan juga dikenali sebagai tempat di mana timbalan ketua Shinsengumi Toshizo Hijikata meninggal dunia dalam pertempuran. Di tingkat kedua menara Goryokaku, terdapat ruang pameran yang dipanggil sebagai “Koridor Sejarah Goryokaku”, di mana anda boleh belajar tentang sejarah Goryokaku dan melihat patung gangsa Toshizo Hijikata.
Turun di "Stesen Hakodate" dan menikmati makanan laut Hokkaido di Pasar Pagi Hakodate
Jika anda suka makanan laut, anda juga tidak boleh ketinggalan untuk mengunjung ke Pasar Pagi Hakodate. Pasar pagi adalah hanya kira-kira 220 meter dari perhentian “”Stesen Hakodate””, dan ia mengambil hanya kira-kira 2 minit dengan berjalan kaki. Pasar pagi Hakodate dibuka dari jam 6 pagi dari Januari ~ April dan dari jam 5 pagi dari Mei ~ Disember. (Walau bagaimanapun, waktu perniagaan berbeza bergantung kepada kedai.) Jika anda ingin menikmati bahan-bahan segar, anda harus datang ke sini terlebih dahulu setelah anda bangun!
Pasar Pagi Hakodate menempatkan kira-kira 250 kedai dan restoran, termasuk kedai makan yang terkenal, barangan runcit, buah-buahan segar dan makanan laut. Sama ada anda ingin makan mangkuk nasi makanan laut mewah untuk sarapan pagi atau membeli bahan-bahan yang berkualiti tinggi, ini adalah tempat yang tersesuai dikunjungi.
Mangkuk nasi makanan laut adalah gourmet yang mesti dicuba, dan banyak restoran menawarkan kegemaran tempatan seperti landak laut, kerang, dan ketam dengan harga yang berpatutan! Apabila anda mengunjung ke pasar pagi ini, jomlah bermula dengan berjalan-jalan di sekitar pasar dahulu.
Pemandangan tipikal Hakodate! Marilah bertolak dari "Jujigai" ke Gudang Bata Merah Kanamori
Suasana nostalgia “”Gudang Bata Merah Kanamori”” adalah salah satu tarikan pelancongan yang terwakil di Hakodate.
Di gudang ini, terdapat banyak kedai dengan pelbagai produk dan gourmet yang lazat. Di samping itu, pengangkutan adalah mudah, dan ia adalah 5 minit berjalan kaki dari hentian “”Cross Street””. Ia adalah tempat berehat-rehat bagi penduduk tempatan, dan pada masa yang sama, ia juga merupakan tempat yang mesti dikunjungi untuk pelancong yang melawat ke Hakodate!
Gudang Bata Merah Kanamori terdiri daripada empat kemudahan: BAY Hakodate, Muzium gaya Kanamori Barat, Hakodate History Plaza, dan Dewan Kanamori.
Jika anda ingin menikmati aktiviti ambil gambar dan menyiarkan di media sosial, anda boleh mengambil gambar bangunan bata merah dan terusan berdekatan bersama-sama dengan “”BAY Hakodate””. Pada waktu malam, pencahayaan mewujudkan suasana yang sangat eksotik dan romantis.
Di gudang, terdapat pelbagai kedai unik seperti restoran, kafe snek, kedai am, dan kedai pakaian. Di sini, anda juga boleh menemui gula-gula dan produk asli Hakodate yang popular dari Gudang Bata Merah Kanamori, yang sesuai untuk dijadikan cenderamata Hakodate.
Marilah menikmati pemandangan indah Tanjung Tachimachi dari stesen akhir di "Yachigashira"!
Jika anda suka menikmati pemandangan laut dan alam semula jadi, sila ambil Trem Laluan 2 dari hentian “”Jujigai”” ke “”Yachigashira””. Selepas turun di stesen, ia mengambil masa 15 ~ 20 minit dengan berjalan kaki untuk tiba di Tanjung Tachimachi.
Di sini anda boleh menikmati pemandangan semula jadi yang menakjubkan. Tanjung Tachimachi terletak di tenggara Gunung Hakodate, dan anda boleh melihat Pantai Omori dari tebing curam pada ketinggian kira-kira 30 meter.
Tanjung ini dikelilingi oleh laut di tiga sisi, dan anda boleh melihat Selat Tsugaru. Pada hari yang jelas, anda boleh melihat sejauh sampai ke Semenanjung Shimokita di Aomori Prefecture di pantai bertentangan, dan anda boleh menikmati pemandangan yang terunik sekali.
Jom nikmati bersiar-siar di Hakodate dengan mudah dengan Trem!
Hakodate adalah salah satu bandar daripada beberapa bandar di Jepun yang mempunyai Trem berjalan. Pada siang hari, ia berjalan setiap 8 minit, yang memang mudah dan praktikal untuk pelancong. Di Hakodate, walaupun anda tidak boleh memandu kereta, anda boleh dengan mudah melawat ke destinasi pelancongan yang terutama dengan trem, dan pasti anda tidak akan sesat di Hakodate! Hakodate sesuai untuk bersiar-siar sepanjang tahun. Sila cuba ambil trem dan alami suasana bandar pelabuhan yang terunik di Hakodate!