Keyword Search

4 Tapak Perkhemahan Terbaik di Hakodate ~ Tidak perlu membawa peralatan!

[Kemaskini terakhir 2024/08/05]

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti perkhemahan telah menjadi semakin popular sejak Pandemik Covid-19.
Hokkaido, dengan tanahnya yang luas dan alam semula jadi yang begitu indah, semakin menarik perhatian pelancong asing yang suka berkhemah.
Bagi pelancong yang ingin mencuba berkhemah di luar negara tetapi berasa tidak biasa, jangan risau!
Kali ini, kami akan memperkenalkan empat tapak perkhemahan di Hakodate, tanpa perlu membawa khemah atau peralatan perkhemahan.
Hanya dengan Bersiap untuk membeli bahan makanan di pasar raya, anda boleh merasai pengalaman berkhemah di Hakodate.

Shiroishi Park Hakodate Auto Campsite
~ Bermain di Tempat Kegemaran Kanak-Kanak!

Lokasi perkhemahan ini boleh dikunjungi dalam masa 30 minit dengan kereta dari pusat bandar Hakodate. Tapak perkhemahan ini terletak berhampiran dengan tarikan pelancong lain seperti Mount Hakodate, gereja-gereja di Kawasan Motomachi, dan Kanemori Red Brick Warehouse di Hakodate Bay. Dengan kapasiti 110 plot dan memuatkan sehingga 450 orang, tapak perkhemahan standard tinggi ini mempunyai taman permainan yang sentiasa menjadi tempat kegemaran anak-anak untuk bermain sepuas-puasnya! Selain daripada berkhemah, anda boleh mencuba pengalaman bermain park golf (sejenis permainan golf Jepun yang dimainkan di taman) yang terletak bersebelahan tapak perkhemahan. Tempat ini sesuai untuk berkhemah Bersama keluarga atau rekan-rekan, menjauhi kesibukan bandar dan menikmati interaksi dengan alam semula jadi.

Ringkasan Maklumat

Tapak Kabin

Kabin yang selesa dengan kemudahan yang lengkap untuk menikmati perkhemahan tanpa risau tentang cuaca. Mempunyai bilik yang luas dan selesa untuk keluarga yang mempunyai anak. Terdapat jenis kabin dengan kemudahan/fasiliti accessible dan jenis kabin dengan bilik mandi dan tab mandi.

Tapak Camping Car

Sebanyak 10 tempat Camping Car disediakan. Dilengkapi dengan kemudahan/fasiliti elektrik dan sinki.

Tapak non-Camping Car

Terdapat 18 tempat yang dilengkapi kemudahan/fasiliti ekektrik, air dan sinki, serta 22 tempat tanpa kemudahan/fasiliti.

Tapak Khemah

Kawasan ini mempunyai padang rumput seluas 3,000 meter persegi. Anda boleh memasang khemah di mana-mana lokasi yang anda suka.

Shiroishi Park Hakodate Auto Campsite

Laman Web Rasmi:
https://shiroishi-park.hakodate.jp/
Alamat:
208 Shiroishi-cho, Hakodate, Hokkaido
Tempahan:
0120-54-6145
Tempahan
https://shiroishi-park.hakodate.jp/reservation/default.htm

Toi Water Park, Auto Camping Ground Hakodate
– Nikmati dan Bersantai di “ Onsen ”

Di Lokasi perkhemahan ini, anda boleh menumui pergunungan hijau yang subur kaya dengan keindahan alam semula jadi yang bole menarik minat semua orang. Anda boleh menyegarkan minda dan badan. Sungai Genboku yang mengalir di tapak perkhemahan ini sangat terkenal sebagai Kawasan permainan air untuk kanak-kanak dan orang dewasa pada musim panas. Pada musim luruh, jika anda bernasib baik, anda boleh menyaksikan saat ikan salmon berenang balik melalui sungai dari laut ke hulu sungai. Salah satu keunikan di sini, hanya dengan berjalan kaki kira-kira satu minit dari tapak perkhemahan, anda boleh menikmati pemandian air panas atau “Onsen” (Fureai Yu Yuukan).

Ringkasan Maklumat

Circle Cottage

Setiap bilik dilengkapi dengan dapur mini, tandas dan kemudahan lain. Selain daripada bilik gaya barat (katil), bilik gaya Jepun dengan tatami disediakan. Tetamu hotel akan mendapat bonus tiket masuk percuma ke “Fureai Yu Yuukan” (Onsen).

Tapak Auto-Camping (Car Camping)

Setiap tapak perkhemahan mempunyai tempat letak kereta percuma
untuk 1 (satu) kereta yang dilengkapi dengan sumber elektrik individu (output AC)

*Sila hubungi dahulu jika anda menggunakan treler atau kendaraan besar seperti Camping Car.

Tapak Khemah

Kawasan khemah terletak di tengah-tengah hutan supaya anda dapat menikmati suasana alam semula jadi. Tempat letak kereta berhampiran dengan Tapak Khemah memudahkan untuk menbawa barang.

Tapak Motosikal

Kawasan ini boleh diakses dengan mudah oleh penunggang motosikal.

Pusat Rekreasi Air Panas atau Onsen ‘Fureai Yu Yuukan’

Onsen denan mata air panas semula jadi dari Sungai Genboku yang mengalir ke Selat Tsugaru. Mata air ini dikenali sebagai “Bijin-no-yu” (air panas kecantikan) karana ia mempunyai kesan menjadikan kulit lebih lembut. Juga dikenal sebagai “Hie-no-yu” ia mempunyai kesan memudahkan penyingkiran cecair dari badan supaya badan dapat berasa sejuk dan segar.

Toi Water Park, Auto Camping Ground Hakodate

Laman Web Rasmi:
http://toi-wp.com/
Alamat:
285-1 Haragi-cho, Hakodate, Hokkaido
Tempahan:
0138-82-2000
Tempahan
http://toi-wp.com/reservation.php

BEYOND VILLAGE ~ Glamping PopularBEYOND VILLAGE ~ Glamping Popular yang Insta-Worthy

Tapak perkhemahan ini kaya denan keindahan semula jadi yang dikelilingi oleh Onuma Quasi National Park dan Mount Komagatake.
Terdapat tapak Auto Camping (Car Camping), RV serta glamping yang sangat popular. Tempat ini adalah pilihan yang tepat untuk menikmati perkhemahan dengan mudah untuk pemula, keluarga dan pasangan.
Terutamanya pada hari bekerja, perkemahan ini menawarkan pakej atau perkhidmatan “self check-in” tanpa bantuan kakitangan dengan harga yang lebih murah/berpatutan.

Ringkasan Maklumat

Glamping

Terdapat 4 (empat) khema glamping dan setiap satu mempunyai bahagian dalam yang berbeza. Anda boleh memilih jenis khemah yang anda suka. Hanya dengan menyediakan makanan, pemanggang dan arang, anda boleh merasai sensasi perkhemahan mewah tanpa peru bersusah payah!

Unit Khemah Sedia Digunakan

Anda boleh menyewa khemah yang telah siap sedia untuk digunakan agar mendapatkan pengalaman perkhemahan yang lebih mudah dan menyeronokkan. Mat (tilam) disediakan untuk disewa. Nota: Sleeping Bag (beg tidur) tidak tersedia.

Tapak Auto-Camping (Car Camping)

Tiada kemudahan/sumbe elektrik tersedia di tapak ini. Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan sumber kuasa sehingga 1,000W dari tapak lain dengan menyewa kabel kuasa/reel kod. (1,000 yen/hari)

Tapak RV

Kawasan ini mempunyai keluasan tanah lebih daripada 100 meter persegi. Pengguna kereta treler boleh berkhemah di sini.
Tiada kemudahan/sumbe elektrik tersedia di tapak ini. Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan sumber kuasa sehingga 1,000W dari tapak lain dengan menyewa kabel kuasa/reel kod. (1,000 yen/hari)

Kotej

Kotej ini boleh memuatkan sehingga 6 orang dengan kemudahan yang lengkap seperti dapur, bilik mandi, mesin basuh dan lain-lain.
*Tempahan hanya boleh dibuat melalui:
E-mel: contact@beyondvillage.com atau
Mesej DM Instagram: https://www.instagram.com/beyondvillage/

BEYOND VILLAGE

Laman Web Rasmi:
https://beyondvillage.com/
Alamat:
158 Oonumacho, Shichinohe, Kameda-gun, Hokkaido
Tempahan
https://www.nap-camp.com/hokkaido/14277?ref_host=widget

YUKARA AUTO CAMP (RV PARK Ōnuma )
~ Air Panas Tanpa Had !

YUKARA AUTU CAMP boleh diakses dengan keretapi tanpa perlu menggunakan kereta, kerana terletak di hadapan Stesen JR Ōnuma Kōen.
Tapak perkhemahan ini terletak di Onuma Quasi National Park, Kawasan peranginan terkenal di bahagian selatan Hokkaido.
Selain daripada berkhemah, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti outdoor seperti bot kayuh, pelayaran mini/bot pelancongan dan berkayak.
Di kawasan perkhemahan ini, anda boleh menggunakan dan minum air panas dengan suhu 28°C tanpa had! Kalau tak nak masak sendiri pun boleh makan di YUKARA Cafe LEAF bersebelahan tapak perkhemahan.
YUKARA Cafe LEAF: Waktu Buka 11.00-16.00 & 18.00-21.00

Ringkasan Maklumat

Tapak Auto-Camping (Car Camping) (Tanpa kemudahan elektrik)

Tapak ini mempunyai padang rumput yang luas. Kereta dibenarkan masuk ke tapak ini dan ada tempat letak kendaraan.
‘Pakej Perkhemahan Pasangan’ boleh didapati dengan bayaran tambahan sebanyak 8,000 yen. Pakej ini termasuk khemah, tilam, sarung tidur/selimut, kerusi, dan lain-lain untuk 2 orang), dan khemah akan dipasang di tapak perkhemahan. Nikmati kemudahannya!

Tapak Auto-Camping (Car Camping) (dilengkapi dengan bekalan elektrik)

Setiap plot mempunyai keluasan tanah sekitar 6m x 6m.
Anda boleh menyediakan khemah skrin dan seumpamanya berdekatan dengan kereta anda.

Tapak RV (dilengkapi dengan bekalan elektrik)

Tapak khas untuk treler perkhemahan dan Camping Car terletak di tepi Tasik Ōnuma dan berhampiran dengan taman serta dilengkapi dengan kemudahan sumber elektrik.
Keseluruhan kawasan ditutup dengan asfalt, jadi anda tidak boleh menggunakan paku untuk memasang khemah.
Jika anda ingin menggunakan khemah atau tarpaulin/terpal, disarankan untuk memilih tapak Auto-Camping.

YUKARA AUTO CAMP (RV Park Ōnuma)

Laman Web Rasmi:
https://yukara.jp/
Alamat:
206-1 Oonumacho, Shichinohe, Kameda-gun, Hokkaido
Tempahan:
080-6975-6416
Tempahan
https://www.nap-camp.com/hokkaido/14738

Daripada tapak perkhemahan yang dinyatakan di atas, manakah destinasi perkhemahan kegemaran anda yang ingin anda lewati?
Tapak perkhemahan di sekitar Hakodate sangat popular dan dicari oleh ramai orang pada musim panas. Adalah disyorkan untuk menghubungi atau membuat tempahan terlebih dahulu.

Senarai Tapak Perkhemahan dan Kemudahan/Fasiliti

※Maklumat dalam artikel ini boleh berubah pada bila-bila masa. Untuk maklumat terkini, sila cari terus di laman web resmi masing-masing.