Keyword Search

Marilah nikmati kuih-muih yang istimewa di Hakodate! Berikut adalah 5 kafe dengan kuih-muih terkenal di Hakodate.

Taman Motomachi dan tempat-tempat pelancongan Hakodate utama di kawasan sekitar Goryokaku adalah tempat-tempat yang saling berdekatan, memungkinkan pelancong dapat pengunjung dan menjelajahi bandar dengan berjalan kaki. Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan kafe dan bar yang dapat dikunjungi semasa berjalan-jalan di sini. Rasailah kenikmatan khas Hakodate sambil menikmati makanan pencuci mulut yang tersedap dalam suasana yang elegan dan tenang.

Waktu Teh yang Menawan! Mawar Victorian (Konsulat Lama British)

Bilik Teh yang Anggun, “Victorian Rose” adalah terletak di tingkat satu Konsulat Lama British di cerun dasar bukit. Bangunan ini, yang telah selesai dibangun pada tahun 1913, menampilkan gaya arkitek campuran Jepun dan Barat, dan digunakan sebagai konsulat hingga tahun 1934.
Pada masa sekarang, bangunan tersebut sudah berfungsi sebagai muzium yang memperkenalkan sejarah pelabuhan Hakodate. Bunga di taman mawar bergaya Inggeris yang indah ini mekar penuh dari bulan Jun hingga Ogos, menjadi daya tarik yang terkenal di Hakodate.
“Victoria Rose” menawarkan teh hitam asli Inggeris yang otentik, diimpot dari Kedai Teh Merah terkenal, Luhuna. Setiap set Teh Petang disajikan di atas piring tiga tingkat dengan sandwich, kuih-muih Victoria buatan tangan, scone, dan disajikan bersama teh sekali.
Beberapa tempat pelancongan yang terdekat termasuk “Gedung Serbaguna Lama Hakodate” yang menyewakan pakaian sejarah, Hachiman-zaka yang menawarkan pemandangan Teluk Hakodate, dan Museum Budaya kaum Ainu di Hakodate, di mana pengunjung dapat memahami budaya kaum Ainu.
Info Lokasi:
https://www.hakodate.travel/en/sightseeing-spots/food-drink-cafe/victorian-rose-former-british-consulate-of-hakodate/

“Sabo Kyuchayatei”, tempat yang boleh kita menikmati Ma-cha dan kuih-muih Jepun.

“Sabo Kyuchayatei” yang dibuka pada tahun 1992, terletak dalam bangunan yang dibangun pada akhir era Meiji, dan baru direnovasi pada kebelakangan ini. Interior dan perabotan di sini mencerminkan atmosfer elegan Hakodate pada awal abad ke-20.
Di kafe ini, Anda dapat menikmati berbagai jenis teh hijau, termasuk matcha dan hojicha, serta kopi.
“Sabo Kyuchayatei” terkenal dan berbangga dengan kuih-muih aslinya. Mulai dari sup labu dan sherbet, hingga puding karamel dengan tekstur yang pejal dan mengingatkan kita era Taisho, anda dapat menikmati berbagai-bagai rasa di kedai ini. Dan juga kuih-muih di kedai ini juga berubah bergantung pada musim yang anda mengunjungi.
“Sabo Kyuchayatei” terletak dekat dengan kawasan Teluk Hakodate, di mana anda boleh melancong di sini, atau berehat-rehat di sini. Tempat ini juga dekat dengan Stesen Jujigai Tram Kota Hakodate, di mana dapat diakses dengan senang.
Info Lokasi:
https://www.hakodate.travel/en/sightseeing-spots/food-drink-cafe/tea-room-kyu-chaya-tei/

Bar Koktel “Sky Bar EsteLado” yang menawarkan pemandangan malam Hakodate yang indah

Hakodate terkenal dengan pemandangan malam yang indah dari observatorium Gunung Hakodate. Bar koktel “Sky Bar EsteLado” terletak di tingkat 13 Hotel Premier Cabin President Hakodate, di mana hanya jarak 1 minit berjalan kaki dari Stesen JR Hakodate. Di sini, Anda dapat menikmati minuman lazat sambil menikmati pemandangan malam pusat bandar Hakodate.
Di antara 40 tempat duduk, terdapat 10 tempat duduk di bar dan 30 tempat duduk di meja. Tempat duduk di bar sangat diminati kerana dapat menikmati pemandangan Gunung Hakodate yang terindah. Jika Anda ingin memilihi tempat duduk yang disukai, adalah dinasihati supaya membuat reservasi sebelum mengunjungi.
Estelado tidak hanya menyajikan koktail, tetapi juga menyediakan lokal kraft bir. Anda dapat menikmati minumam ni bersama dengan hidangan ringan seperti piring keju, hidangan ham, dan salmon asap. Di sekitar bar terdapat “Hakodate Seikan Renrakusen Memorial Museum Mashumaru” dan Kawasan Teluk.
Waktu terbaik untuk mengunjungi Estelado adalah segera setelah matahari terbenam. Pemandangan langit yang memukau dengan cahaya yang lembut dan cahaya bandar menerangi pemandangan dengan perlahan-lahan menciptakan suasana yang indah.
Info Lokasi:
https://www.hakodate.travel/en/sightseeing-spots/food-drink-cafe/night-view-bar-estelado/

“Cawangan Rokkatei Goryokaku”, di mana anda dapat menikmati kuih-muih terkenal di Hokkaido

“Rokkatei” merupakan kedai pembuat kuih-muih yang terkenal dengan produk dari Hokkaido seperti “Marusei Butter Sando.”
Di Hakodate, terdapat lima cawangan Rokkatei, dan dua di antaranya berfungsi sebagai kafe. Di sini, anda dapat menikmati kuih Rokkatei bersama minuman dalam suasana yang tenang.
“Cawangan Rokkatei Goryokaku” menampilkan reka bentuk dalaman kedai yang luas, dengan sebahagian besar dindingnya berlapis dengan kaca, membolehkan pengunjung menikmati pemandangan indah Taman Goryokaku mengikuti perubahan musim.
Selain daripada kuih-muih popular Rokkatei, menu kafe juga menyajikan pelbagai makanan pencuci mulut seperti “Yukikon-cheese” sejenis kek keju panggang yang diapit di antara pancake dan biskut koko.
Bagi mereka yang mengunjungi semasa waktu makan tengah hari, mereka juga boleh menikmati hidangan seperti “Tomohiro-fu Hayashi Rice.” Jangan lupa singgah di kedai ini ketika melawat ke tempat-tempat menarik seperti Taman Goryokaku, Menara Goryokaku, dan Muzium Seni Rakyat Hakodate semasa kunjungan anda.
Taman Goryokaku menawarkan pemandangan cantik seperti dalam lukisan sepanjang tahun, termasuk bunga sakura di musim bunga, warna merah merangkak di musim luruh, dan tampilan cahaya yang cantik pada musim sejuk.Cawangan Rokkatei Goryokaku
Alamat: 27-6 Goryokaku-cho, Hakodate City
Waktu Operasi Kedai: 9:30 pagi hingga 5:30 petang
Waktu Operasi Kafe: 11:00 pagi hingga 4:00 petang (Pesanan terakhir pada 3:30 petang)
Laman Web Rasmi: https://www.rokkatei.co.jp/shop/hakodate/

“Petit Merveille Akarenga Soko Bay Hakodate Shop”, di mana anda boleh menikmati kuih-muih mewah dari Hakodate!

Kedai kuih Barat “Petit Merveille” adalah jenama kuih yang berasal dari Hakodate dan terkenal dengan makanan pencuci mulut puding dan kek keju yang meleleh. Produk ini boleh didapati di pusat beli-belah dan pasar raya, tetapi di sini, anda juga dapat cari kafe yang diuruskan oleh “Petit Merveille”.
Semasa melawat Kawasan Teluk Hakodate, cubalah melawat ke “Petit Merveille Akarenga Soko Bay Hakodate Store”.
Sila cuba saiz satu gigitan “Melcheese”! Ia disajikan dalam pelbagai rasa termasuk plain, strawberry, coklat, dan karamel, dengan keseimbangan yang sempurna antara kekayaan rasa keju krim dan rasa yang menyegarkan.
Selain itu, puding labu yang menggunakan labu manis dari “Miyoi Noen” di Morimachi, Minami Hokkaido, juga sangat popular. Jika anda ingin menikmati wangian serta rasa labu, puding labu dengan versi biasa adalah sangat disyorkan. Puding labu dengan sos karamel juga memberikan kombinasi rasa yang sangat mewah.
Kafe ini adalah tempat yang sangat baik untuk dilawati semasa mengunjung ke Kawasan Teluk Hakodate atau Hakodate Meiji-kan, bekas pejabat pos yang kini sudah menjadi tempat membeli-belah barang cenderamata tempatan.Petit Merveille Akarenga Soko Bay Hakodate Store
Alamat: 11-5 Toyokawa-cho, Hakodate City
Nombor Telefon: 0138-84-5677
Waktu Operasi: 9:30 pagi hingga 7:00 petang
Laman Web Rasmi: https://www.petite-merveille.jp/?mode=f1

Nikmatilah kuih-muih tempatan Hakodate.

Di Hakodate, Anda dapat merasai kebanggaan terhadap kuih yang menggunakan bahan-bahan terpilih dari Hokkaido. Sambil menjelajahi kota, jom kita nikmatilah makanan pencuci mulut dan minuman yang lazat, serta rasai suasana bersejarah.