Kenapa Hakodate?
Hakodate adalah salah satu daripada destinasi paling popular di Hokkaido. Dengan pemandangan cantik bangunan bersejarah, mata air panas, makanan sedap dan pelbagai acara untuk ditawarkan, bandar ini memiliki banyak tarikan di samping keindahan semula jadi.
Bonanza tarikan bandar dan semula jadi
Hakodate menawarkan peluang untuk menikmati kedua-dua kehidupan bandar dan alam luar yang hebat - salah satu daripada tarikan utama kawasan ini. Perjalanan trem 45 minit dari satu hujung bandar ke hujung yang lain penuh dengan pelbagai tempat menarik. Kagumi bangunan bersejarah apabila anda bersiar-siar melintasi bandar, mandi dalam mata air panas; atau setakat melihat pandangan panaroma.... Perjalanan kereta api 30 minit dari bandar akan membawa anda ke pemandangan semula jadi Taman Kuasi-Nasional Onuma yang menakjubkan.
Berkaitan:
MENEROKAI Hakodate?
Puaskan selera anda di bandar gourmet ini
Hakodate juga dikenali sebagai "bandar makanan gourmet." Dikelilingi oleh lautan, Hakodate merupakan syurga untuk makanan laut segar yang lazat. Antara pilihan paling popular, anda akan menemui "sushi dan mangkuk nasi makanan laut". Satu kegemaran lagi ialah "Hakodate Ramen" yang menggunakan air rebusan berperisa makanan laut.
Berkaitan:
Makanan dan Minuman
Keseronokan berlainan bagi musim berlainan
Setiap musim membawa acaranya sendiri ke Hakodate. Pada musim bungi, "ohanami" adalah peluang untuk mengagumi sakura berbunga apabila ia berkembang mekar. Pada musim panas, pesta paling besar Hakodate diadakan, termasuk bunga api dan acara perarakan. Pada musim luruh, daun musim luruh berwarna merah lembayung dan mencipta suasana yang menyentuh hati. Pada musim sejuk, salji menyelubungi bandar untuk acara Hari Natal dan pesta lampu. Jangan terlepas peluang untuk melihat muka berlainan Hakodate apabila musim berubah.
Berkaitan:
Nikmati 4 musim
Cenderamata menarik yang banyak
Membeli-belah untuk cenderamata di Hakodate adalah satu lagi aktiviti seronok bandar ini. Terdapat banyak kedai hadiah yang penuh dengan produk di Lapangan Terbang Hakodate, Stesen Hakodate dan tempat pelancong utama. Produk keistimewaan kawasan ini termasuk makanan laut yang diproses dan gula-gula hanya segelintir daripada cenderamata Hakodate yang digemari. Banyak perhiasan kecil yang bergaya juga ditawarkan, sehingga ia sukar untuk pulang tanpa membeli satu!
Berkaitan:
Membeli-belah di Hakodate
Pilih gaya penginapan yang sesuai dengan anda
Pelbagai pilihan penginapan terdapat di Hakodate. Adakah anda pilih hotel standard, atau mungkin rumah penginapan gaya Jepun? Bergantung pada pilihan anda, anda akan menemui pelbagai tawaran termasuk makanan unik, mata air panas dan pemandangan yang hebat. Interaksi dengan pengurus penginapan mesra juga akan menambah keseronokan kepada perjalanan anda.
Berkaitan:
Penginapan